Thursday, June 27, 2013

Sehari di Ti-Ratana



Assalamualaikum. 

Kali ni nak cerita sikit tentang projek aku dan posting mate aku ke Rumah Kebajikan Ti-Ratana. Ok sedikit pasal Ti-Ratana ni. Rumah ni adalah rumah kebajikan utk org2 tua dan kanak2 yg tiada tempat tinggal, yg bed-ridden dan yg mempunyai penyakit. Kenapa kitorang pilih rumah ni? Hah alkisah sebenarnya rumah ni dicadangkan sendiri oleh supervisor kitorang yg dah mula resah dan gelisah sebab projek asal kitorang mcm over sgt. Dia x yakin kat kitorang la tu. Penat je kitorang perah otak dan cuba convince dia terima idea kitorang last2 kena reject pulak. Haihhh!


Ok cukup di situ. Jom teruskan dgn pengalaman lawatan aku ke sana. Kitorang sampai kat rumah tu lebih kurang jam 9 pagi. Ok rumah tu terbahagi kpd rumah org tua lelaki dan wanita, rumah org tua yg sakit dan rumah kanak2. Kitorang lebih fokus dekat rumah org tua lelaki dan wanita. Break kpd 2 kumpulan, aku ketuai kumpulan pertama ke rumah org tua lelaki. 

Dekat sana, kitorang bermula dgn sesi ice-breaking. Biasalah org kata tak kenal maka tak cinta. Cumanya satu major problem yg timbul ialah bilamana semua penghuni rumah tu beragama Buddha. Jadi kena cakap Mandarin la. Aku cuma tahu cakap Chaiyok2, Toi3, Ik, Ek, San, Sek, Uu dan seangkatannya. Terpinga-pinga aku dengar diorang berbual dgn kawan2 Chinese aku. Muka dah mcm Cina tapi tak boleh speaking aisehman...

hah tgk kawan chinese aku tuh aku pulak yg blurr sgt x paham sepatah haram

Takpe, lepas tu teruskan dengan sesi senamrobik. Hah yg ni aku yg lead. Oleh sebab sekarang tangah gila kpop, aku memilih lagu Gangnam Style dan Gentleman utk menjadi muzik latar. Kah3 takde makna habis patah pinggang dan tulang2 uncle2 kat situ. Tak gentleman langsung dah. Senaman ringkas Jakobson sangat membantu. Mudah diikut dan sangat praktikal. Dekat mana2 pun boleh buat even tgh duduk mengira tax. Keh3...

aktiviti senamrobik mari ikut instruktor paling berpengalaman ni 

Lepastu, kitorang gabung lelaki dan wanita utk aktiviti kotak beracun dan aktiviti santai. Untuk kotak beracun, mcm2 soalan2 pelik ada dlm kotak tu. Last2 yg banyak kena antara kitorang jugak sbb uncle2 dan auntie2 tak faham soalan. Aktiviti santai ialah karaoke. Yes finally! Tapi masalahnya semua lagu cina je. Aku ikut tepuk tangan je la tanpa faham sepatah haram lirik lagu2 tu aishhh...

auntie ni sporting sgt3 semua lagu dia nyanyi kuat2 dan joget2 bagai #loveumore la auntie #muuaahhh

Lepas tu, kitorang buka clinical booth utk diorang. Dah berumur kan, kesihatan la yg paling utama. Bukak Running Man lagi eahh. Sambil diorang bergilir utk tunggu giliran, kitorang edarkan dua kad gergasi utk mereka tandatangan sbg kenangan. Dan aktiviti hari tu diakhiri dengan sesi memotong kek yg ditaja khas dari kitorang semua. 

sesi clinical booth yg mmg aktiviti rutin medical student kalau wat program kebajikan

upacara memotong kek sebenarnya ada 4 biji kek yg marvellous delicious bombastik #ntahpapejela

Pergi ke rumah2 kebajikan ni memang seronok. Kalau kita sebagai komuniti yg takde kesedaran pasal benda2 macam ni siapa lagi kan? Sebenarnya tak perlu tunggu nak organize program baru sibuk nak pergi. Sebagai rakyat Malaysia yg bertanggungjawab marilah kita sama2 berbakti kpd agama, bangsa dan negara. Hoyeahhh!


bersama pengurus rumah kebajikan ti-ratana

group photo we are red today!

memberikan makanan kpd penghuni rumah sakit




menuju ke rumah utk kanak2

masa utk pulang sayang korang #muuaaahhh





***mula menyedari kepentingan bahasa ketiga iaitu Mandarin atau Tamil. Kena belajar ni.. Yes azam setengah tahun baru!

No comments:

Post a Comment