Thursday, April 18, 2013

Fuhhh baru siap mengecat dapur rumah. Alhamdulillah tercapai jugak target dan plan hari ni nak mengecat. Daripada membazir x guna cat sampai jadi keras baiklah aku habiskan. Dan hasilnya tadaaa.... Cukup memberangsangkan!!!

Macam biasa aktiviti petang di rumah. Berenang gaya bebas dekat atas katil. Fuhh memang sihat sgt sukan ni. Bukan je sihat malah best! Sambil mendengar lagu Harus Terpisah by Cakra Khan. Penyanyi indon ni tapi lagu dia menusuk kalbu sampai ke tulang belakang. Semua nerve aku respon. Bait2 lirik dan melodi lagu ni sgt sedap dan merdu. Ditambah dgn suara penyanyi yg husky perghhh memang tangkap jiwang wa cakap lu. Susah nak dpt lelaki suara camni.

Sambil layan lagu sambil layan perasaan gak. Ermmm cinta ye? Bagi aku love is unconditional. Cinta itu tiada harganya. Harus dibayar dgn hati. Dan apabila kau dah bermain cinta kenalah serius. Hati dan perasaan cinta bukan boleh dibuat gurauan. Kalau kau x sedia lagi jgn sibuk nak mencuba cuba. Dan bila kau dah jumpa cinta rebutlah ia seperti hanya dia satu2nya dlm dunia ini. Raikanlah cinta itu. Tapi ingat jgn terlalu menaruh harapan. Kelak kau yg akan kecewa. Apa yg aku inginkan cinta yg simple cool dan forever.

*yang utama dan pertama sentiasa cinta kpd allah dan rasulNya....amin

2 comments:

  1. kalau nak post pon, bior la ber tajuk ence qamar oit...

    ReplyDelete