Wednesday, December 19, 2012

EP 05 - Fatimah Zarra

Burrrpp.... Alhamdulillah.. Sambil Danial mengelap tangannya dgn tisu dia menyeluk sakunya utk melihat telefonnya. Oh ada 3 missed calls dari Atim la. Nak apa pulak ye ada apa2 yg x kena ke ni? Tanya Danial kpd dirinya. Dia memeriksa sekelilingnya takut2 Atim masih berada di kafe. Setelah itu, dia menghantar msg kpd Atim. 

Assalam Atim.. Ada apa ye Atim call Danial? Ada apa2 yg x kena ke? Sambil berjalan menuju ke kelas Prof Yuli. 

Waalaikumsalam.. Atim nampak Danial dekat kafe tadi. Ada sesuatu yg Atim perlu beritahu. Boleh kita jumpa lepas kelas nanti x? Jumpa di library ok.. Balas Atim.

Ok... Danial seperti dapat mengagak apa yg ingin Atim cakap kepadanya. Pasti pasal nak pergi UK ni. Dia cuba utk tidak memikirkan tentang perkara itu. Fokus Danial, fokus... Apa yg nak terjadi biarlah.. Bisik hatinya.

Ok students we stop here. And don't forget to read up more about abdominal diseases which are common in Asia. I will ask u next week. Thank you. 

Danial terus mengemas barang2nya dan menuju ke library. Atim, Danial on the way ke library. 

Atim menunggu dgn penuh kesabaran di sudut surat khabar. Dia juga buntu macamana nak sampaikan berita keberangkatannya ke UK minggu depan. Apa yg dia lebih risau adalah Danial x dapat menerima pemergiannya. Dia juga takut apa yg akan berlaku dgn hubungan mereka. Mereka terpaksa berpisah selama setahun lebih tambahan mereka sangat jauh. Hubungan jarak jauh biasanya x kekal. Macam2 yg berlegar dalam akal fikirannya. 

Assalamualaikum Atim. Lama tunggu?

Walaikumussalam.. Danial, duduklah. Xde la lama baru jugak ni. Semalam nak jumpa Danial kat kafe tapi x dapat sbb ramai org. Cuba call Danial x angkat pulak..

Oh ya. Sorry2 Atim x perasan la. Bising sgt kan dekat kafe tu lagi2 lunch hour. So, anything Atim nak ckp dekat Danial? Pasal UK kan?

Err.... Ya Danial pasal tu.. Dan Atim akan fly next week, hari Selasa... Atim berat utk memberitahu perkara ini tetapi dia harus berterus terang dgn Danial. Danial terpaku sebentar. Riak mukanya berubah. Awalnya secerah mentari pagi menjadi mendung seakan hujan akan turun. Dia sudah dapat agak tentang perkara ini dan dia sebenarnya lebih bersedia sekarang.

Dengan nada yg tenang dan sayu Danial berkata. Hmm... Cepat pulak Atim kena fly kan... Tapi Danial faham. Danial tahu ini impian Atim, dan Atim berhak. So, apa yg Danial boleh ckp hati2 dekat sana. Jaga diri baik2 ingat tuhan dan family. Sempurnakan apa yg Atim kena buat. Danial doakan yg terbaik utk Atim. Danial yakin Atim boleh berjaya kat sana... Secebis senyuman dilemparkan kpd Atim.

Atim tahu Danial akan berkata begitu. Sejak dulu lagi Danial selalu memberi dorongan dan mengiyakan apa saja yg dia katakan kecuali sesuatu yg x benar. Danial akan cuba mengalah dlm apa jua keadaan. Dia sayangkan hubungan ini. Sayang kerana Allah. Tapi jodoh semuanya di tangan-Nya. Mereka berlalu dari situ dan pulang ke kolej masing2. Dengan hati yg penuh kesedihan, kedua-duanya....



bersambung

Good bye OT, Welcome O&G

Assalam...Finally it's over! Lega sangat bila dah habis short case. Maka dgn ini tamatlah surgery posting utk semester ini. Sebelum melangkah masuk ke dewan bersalin, kena rehatkan minda sekejap selama seminggu n cuba utk kenal posting O&G pulak. Diorang kata O&G posting yg paling busy. So kena la set mind it's not as free as surgery. N i really need to be prepared physically and mentally. 

Bercerita pasal short case aku, serius surgeon sgt cool beb! Aku tahu performance aku sgt2 la teruk tadi byk gak soalan aku x dpt jawap dgn tepat, sipi2 je. Tapi at the end of it, he told me that he passed me. Wau alhamdulillah thanks doc. Sekarang kena fokus on paper teori pulak tapi kena la tunggu 2 bulan lagi sebelum nak menghadap in a page n surgical tactic. Semoga aku akan terus semangat utk improve diri aku, knowledge aku dan yg penting niat aku utk menjadi seorang doktor yg kompeten. Insha Allah =)


Sunday, December 9, 2012

Zero Four to Zero Eight

Assalam...Harap pembaca blog aku semua sihat dan gembira walaupun sekarang cuaca kat KL asyik hujan je. Mcm berduka pulak maklum la dah hujung2 thn ni mmg musim hujan n tengkujuh pun. Btw berbalik kpd tajuk entri kali ni...Bukan pasal tajuk siri Power Rangers atau Kamen Rider tau tapi pasal student life aku. Ye la mmg sekarang pun still a student but ni kisah hidupku di bangku sekolah menengah masa aku skema sgt hahaha...Baik ngaku sendiri kan daripada x sedar diri. Ye mmg aku skema. Aku x pandai bergaya sgt, pakai baju gelebeh2, besar2 semua, dtg sekolah awal kemas kelas. Sbb tu sekarang masih ada skemaan aku haha. X kisah la aku redha itu semua kelebihan yg Allah kurniakan =). Maklum la dulu KP kena la jadi tauladan kat student2 lain. Kalau aku pun mcm bajingan mmg jadi super bajingan la budak2 sekolah aku kan. Tapi ada je yg mmg dah tahap super walaupun aku da cuba sehabis baik control keadaan sekolah. walaupun begitu, sekarang diorang semua dah berubah dan berjaya rasanya. Alhamdulillah berkat doa cikgu2 barangkali =)

Dan bila aku tgk semua budak2 batch aku ramai sgt yg dah graduate tahun ni. Aku cemburu tahap maksima!!! Diorang dah grad beb!!! Ada yg dah sambung degree pun n bila aku grad diorang grad lagi sekali. Perghh best betul ada dua scroll tu, satu diploma satu ijazah. Kalau la diorang sambung sampai pHD mesti sampai 4 boleh kumpul haha. Itu la sape suruh amek MD kan da lambat nak grad huhuhu... Xpe la dah minat kan nak wat macamana. Dan aku pun suka sgt bila ramai batch aku dan junior2 aku yg amek course yg sama dgn aku. Boleh la kerja sama2 ye nanti. Tapi aku tetap nak replace Klinik Lee yg famous kat SR tu haha =P

Akhir sekali recently, aku organize reunion utk semua budak batch aku. Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun mmg sgt sedikit yg dapat hadir. Tapi aku tetap puas sbb as bekas KP sekolah, mmg impian segunung aku nak kitorang jumpa semuladan tahu perkembangan masing2. Walaupun x lama sgt tinggalkan sekolah, ramai jugak yg dah berubah. yg dah ber-anak pun ramai jugak ni hehe. Alhamdulillah... Dan aku dah dpt seruan sekali lagi utk berjumpa secara tergempar dgn semua bekas pelajar2 smksr (alumni) dari btach pertama mungkin sampai la terkini utk berbincang pasal hala tuju alumni smksr. Mungkin perbincangan ni akan menjadi satu titik permulaan kpd alumni smksr utk menjadi satu kelab yg official dan kukuh. At least batch aku dah maju selangkah dgn reunion yg kitorang buat. Thanks kpd semua yg terlibat, susah2 cari dana,  tempah makanan, buat persiapan rapi thanks a lot guys! Aku harap alumni smksr bukan sekadar omong2 kosong dan idea dari tin kosong. Semoga menjadi realiti. Pasti berjaya! Insha Allah....



baju rasmi kami 




Di sini aku sertakan satu video yg pasti menitiskan air mata kpd mereka yg berkenaan. Assalam~~~
klik utk tonton video paling hot tahun ni ^^

Friday, November 23, 2012

Save GAZA



Kita semua tahu penduduk Gaza sedang diserang oleh rejim Israel. Sng org islam memang aku marah dan kutuk perbuatan kejam yahudi ni. Main serang tanpa belas kasihan kat kanak2, org tua, lelaki, perempuan semua jadi mangsa. Mungkin diorang ada senjata yg moden dan hebat2 tapi jgn pernah lupa kita ada ALLAH. Hanya Dia yg Maha Berkuasa ke atas segalanya. Disebabkan kita jauh daripada Gaza, mungkin apa yg kita boleh buat ialah doa utk mereka supaya diberikan perlindungan oleh Allah. Biar Allah turunkan bala kepada negara mereka pulak. Dan kalau ada wang lebih, biarlah kita menderma ke tabung Gaza utk ringankan beban saudara2 kita di sana. Semoga mereka terus tabah dgn ujian ini dan ya Allah Kau berikanlah kekuatan kpd mereka. Amin


a Road to be a Surgeon

Assalamualaikum... salam maal hijrah kpd semua umat islam seluruh dunia. Hari yg sgt 'hectic' menyebabkan aku x dpt nak update new story kat sini.. Siapa bilang surgery x sibuk? Dengan logbook yg byk lagi capang, procedures yg berlambak x tengok lagi, teaching yg x tentu membuatkan hari2 aku dlm surgery ni agak memenatkan.


Pengalaman yg aku garap masa posting IM dulu mmg membantu jugak sbb surgery dgn IM ni mcm adik beradik tapi lain mak. byk kes yg aku tengok ada jugak kat ward IM dulu cuma kali ni patients admit sbb nak buat surgery. Cuma physical exams surgery ni lebih ringkas n x panjang but masih lebih kurang mcm IM. 

Akhir kata, surgeons mmg cool bebeh! Semua nampak ada style sendiri. Bayangkanlah masuk OT surgeons tgh buat operation sambil dgr lagu alleycats. Ada style lah! Teringin gak kat dlm hati nak jadi surgeon suatu hari nanti. Tapi aku x hebat anatomy kang tersalah potong kena sue pulak. Currently aku baru habis dgn team breast & endocrine dan next team aku ialah minimillay invasive surgery. Hope dpt buat yg terbaik utk surgery sbb failure rates meningkat utk last semester. Takut pulak. Chaiyok qamar!


Saturday, November 17, 2012

One Direction - Little Things~~~






...jgn anggap benda yg remeh temeh tu x penting (xtau ada kaitan ke x dgn lagu ni).....enjoy jek!
ya ALLAH ya tuhanku
selamatkanlah keluargaku daripada apa bencana
lindungilah keluarga daripada segala bentuk musibah
peliharalah kesejahteraan keluargaku ya ALLAH
rahmatilah ikatan kekeluargaan kami ya ALLAH
janganlah kau berikan dugaan yg besar terhadap keluargaku ya ALLAH

ya ALLAH ya tuhanku lembutkanlah hati dia
berikanlah petunjuk kepadanya
pandulah dia ke arah kebenaran
janganlah kauhilangkan rasa cintanya kepada kami ya ALLAH
kuatkanlah imannya ya ALLAH
sesungguhnya kami sentiasa sayang dan cinta kepadanya
tiada siapa yang boleh menggantikan tempatnya ya ALLAH
janganlah kau larikan dirinya daripada kami
kepada-MU jua lah tempat aku memohon pertolongan ya ALLAH
sesungguhnya KAU yang maha besar lagi maha penyayang




AMIN.....

Saturday, October 13, 2012

Mood : EXAM!!!!


assalam...
saya QAMARUL ARIFFIN BIN SAMIN
nak menghadapi peperiksaan 
ingin memohon ampun 
sekiranya ada yg terkasar bahasa
tidak kena perlakuan diri
terasa hati 
sengaja mahupun tidak 
maafkanlah saya


ingin memohon doa dari anda semua
supaya saya dapat buat yg terbaik
menjawab dengan tenang
dilapangkan dada dan fikiran
diberikan kemudahan
doakan saya berjaya bersama dgn sahabat2 saya
hanya Allah yg dapat membalas jasa baik kalian...





salam

Tuesday, October 9, 2012

Antara Cita & Cinta



assalamualaikum. ada masa terluang lepas tamat short case exam, nak update post la. lepas ni akan busy utk theory paper pulak. alhamdulillah Allah maha Besar. Dia sgt membantu dan memudahkan urusanku hari ini. syukur...


antara Cita dan Cinta. kalau korang akan pilih yg mana satu dulu? korang rasa korang x boleh hidup tanpa cinta? atau korang nak berjaya capai cita2 dulu baru mengenali cinta? ataupun korang nak Cita & Cinta seiringan? lain org lain matlamatnya. bagi aku, dua2 penting tetapi kenalah memadai pd masanya. mungkin buat masa ni Cita lebih penting daripada Cinta. perjalanan aku sbg pelajar masih jauh lagi. masih byk lagi yg perlu dikejar dan digapai. Cita x kan dtg tanpa usaha, mcm Cinta jugak. mungkin itulah yg dia rasa. Cita sentiasa berada dlm top 1 matlamat hidup dia. aku x boleh nak halang dia & aku x nak menjadi penghalang dia mengjar Cita2 dia. mungkin aku juga kena fokus dalam arena utk berjumpa dgn Cita. aku patut lebih ghairah hendak bermadu asmara dgn Cita daripada Cinta yg x tentu kekalnya. Cinta lahir dari-Nya. biarlah apa yg dah ditetapkan dan ditakdirkan utk kita janganlah kita risau. Semuanya sudah tertulis. dia selalu pesan mcm tu. jgn sampai apa yg dikejar x dpt, yg digendong berciciran. kena kawal hati & perasaan, jaga nafsu dan terus fokus kejar matlamat hidup. insyaallah Dia dah tetapkan jodoh kita msg2 bila dah tiba masanya. sesungguhnya Dia maha Mengetahui segalanya...


hanya ada satu Cinta yg plg Agung...Cinta kpd Allah







salam



 

Saturday, October 6, 2012

Exam Fever

it's look like it comes again. n i believed this time it's going to be tougher as it's my first time final exam in clinical year. pray hard, study smart! do pray for me too ok! ^^


Ujian ALLAH

kita x kan dpt menyangka bila Dia akan mendatangkan ujian kpd kita. sebagai hamba-Nya yg lemah, manusia pasti diuji dgn pelbagai bentuk ujian sekalipun. ada yg diuji dgn peperiksaan, keputusan yg baik ataupun kurang baik; kematian insan tersayang, kemiskinan dan kekayaan mahupun perpisahan. semua bentuk ujian ini menjadi rutin kpd manusia sbg petanda Dia masih sayangkan kita dan mahu kita selalu ingatkan Dia. aku juga telah diuji, ujian hati. hati yg terletaknya perasan bercampur baur yg baik mahupun buruk. jika baik hati ini, baiklah kita sekiranya sebaliknya, buruklah kita. jagalah hati ini dgn sebaiknya. sekiranya sudah jauh, ingatlah Dia, pulanglah kpd-Nya. nescaya hanya Dia yg dpt mententeramkan hati yg sdg lara ini.

kpd kamu, terima kasih kerana pernah hadir dlm hidup ini. mungkin bukan jodoh kita. apa boleh kita buat. Allah itu lebih hebat aturannya. Dia sudah tentukan perjalanan hidup kita. sekiranya kita berjumpa lg di masa akan dtg, anggaplah saya seperti bulan yg sentiasa menemani kamu di mlm hari, cuma x dpt disentuh kamu. doa saya sentiasa bersama kamu, semoga berjaya capai cita2, jaga kesihatan dan percayalah tiada yg sempurna di dunia ini tapi Allah itu maha sempurna dan dia yg akan menyempurnakan hidup kita. salam terakhir dari saya, thanks for every sweet moments that we shared together....good luck 






salam

Sunday, September 23, 2012

Renungan Senja

sekadar ingin berkongsi ilustrasi yg terjumpa kat fb. kalau nak dibandingkan kehebatan manusia, jauh lagi hebat kekuasaan Allah itu. sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan dia pemilik segala yg ada di langit dan bumi. sekadar berkongsi, renung2kan =)





salam =)

Saturday, September 22, 2012

Once Upon a Time When We Are Cuter Than Teletubbies ^^

Kembali semula menjadi seorg kanak2 adalah impian setiap org dewasa. Ye la bila jadi kanak2 x payah fikir nak pergi sekolah, kerja sekolah yg berlambak, xde assignments yg nak kena submit next week, xde exams pun. Yg tahu dlm kepala ingat nak main je bila lapar makan dah penat tidur. Heaven jadi kanak2 hehe.. Tapi bila da dewasa ni mula terpikir nak ada anak pulak kan hee...

Jom tgk perubahan sepupu2 n adik beradik aku sejak kami berusia lebih kurg 4 tahun hingga la yg terkini semuanya berusia 20-an. Betapa innocent dan comelnyer kitorang time dulu2...


ok semua dah dpt cam nama n muka masa kami secomel teletubbies kan? jom sekarang tgk perubahan lebih kurang dekat 18 tahun setelah semua menjadi remaja... (anda mungkin mendapati ada yg makin menawan, bertambah handsome dan semakin menggoda...beware! =P)

nama : mohd hafif bin abd razak (APIP)
umur : 25
status : BERTUNANG
sudah bekerja

nama : nur asraf bin samin (YAP)
umur : 23
status : SUDAH DIMILIKI
study di uitm shah alam

nama : nurul ain syuhada binti abd. razak (ADA)
umur : 22
status : SUDAH DIMILIKI
study di universiti malaya
nama : azrul fahmi bin abd rahim (AZRUL)
umur : 21
status : MACAM DAH BERPUNYA!
study di politeknik merlimau

nama : amira idani binti abd rahim (AMIRA)
umur : 20
status : MACAM DAH BERPUNYA!
study di politeknik melaka

nama : ain nadhira binti samin (AIN)
umur : 20
status : MCM DAH BERPUNYA!
study di politeknik pd

nama : qamarul ariffin bin samin
umur : 21
status : MASIH MENCARI =)



salam =)





Wednesday, September 19, 2012

My Scandal ^0^


Dia SKANDAL aku!!
Jarak umur kami cuma setahun je, aku 21 dia 20
Aku lahir bulan Februari dia keluar Oktober
Kitorang lahir dekat hospital yg sama
Kalau ada masa mesti kitorang keluar sama2
Kadang2 ramai yg tanya dia awek aku ke
Byk gambar kitorang tangkap berdua
Nampak serasi sampai ada yg doakan jodoh berpanjangan
Bila nk bergambar dgn perempuan lain bahaya mcm2 kena jaga
Hanya dgn dia aku boleh bersentuhan sebab dia muhrim aku
Hakikatnya dia satu2nya ADIK PEREMPUAN aku 
=)

semasa majlis kahwin sepupu


Sehari Menjadi Famous

Title post memang sgt poyo. Tapi itulah yg berlaku dlm hidup aku sejak dua menjak ni. Xde la hari2 aku dpt peluang jumpa artis atau selebriti terkenal cuma bila dah dpt jumpa kalau boleh satu dunia nak hebohkan. Kalau dpt balik kampung satu kampung nak bagitau dpt tangkap gambar dgn artis. 

Jom layan pic aku dgn Fatin Liyana blogger terkenal dan Dynas Mokhtar pelakon & pengacara tv...

pic ni diambil masa sesi fotografi utk majalah kolej 

ada mcm husband & wife x? kekeke
muka gatal =P
Nak cerita sikit pasal FL ni sebenarnya senior aku. Dia pun ambik medic kat UKM n sekarang tgh 4th year. Bila dpt jumpa dan berposing dgn dia agak bangga dan teruja jugak laa =)

pic ni nampak chubby giler!

bersama semua committee utk program kesedaran kanser serviks kat HUKM
Dynas sebenarnya sbg jemputan utk program kesedaran kanser serviks anjuran Department of O&G HUKM. Beliau dijemput sbg moderator utk forum ttg kanser serviks well she's quite good in handling big event mcm ni. Most importantly, she's really a hot mama!



Tapi sesungguhnya aku tetap merindui ingin berjumpa dgn Rasullullah SAW =)

Thursday, September 13, 2012

Salam Rindu ^^

Assalamualaikum semua pembaca blog. Lama betul menghilangkan diri dari duni blog ni. Tiba2 ada problem nak sign in account google plak terus x boleh bukak blog huhu.. Tu yg mising in action tiba2. Tambahan dah busy dgn internal medicine posting, memang x byk masa nak ber-blog ni. Insyaallah lepas ni akan cuba cari masa utk update post kat sini yg semua da lapuk.


Oh ya, utk pengikut telenovela blog Fatimah Zarra sorry sgt2 sebab x dapat nak update latest episode. Rasanya telenovela ni akan bersambung utk bulan puasa tahun depan atau pun bila ada masa free yg byk. Akan roger2 nanti ok.. 

Salam 

Sunday, August 5, 2012

EP 04 - Fatimah Zarra

Pagi itu Atim pergi ke Pejabat Prasiswazah utk menyerahkan borang yg sudah siap diisi. Sedang dia sibuk berurusan di kaunter, tiba2 kedengeran salam daripada seorang jejaka.

"Assalamualaikum Zara." Amir lebih selesa memanggil Atim dgn Zara. Menurutnya gelaran itu lebih klasik daripada Atim. 

"Waalaikumussalam. Amir buat apa kat sini? Nak serahkan borang jugak ke?" tanya Atim.

"Ya Zara. Semua dah selesai. Zara tunggu apa ni? Jom saya belanja minum dekat kafe." ajak Amir.

"Oh sekejap ye sikit je lagi ni. Semua dah complete tinggal nak kena check je ni." 

Setelah semuanya selesai mereka berdua berjalan menuju ke kafe. Sambil mengatur langkah, ada perkara yg dibincangkan mereka.

"Zara da ready ke nak fly minggu depan?" tanya Amir.

"Itu la actually byk benda lagi saya nak kena selesaikan ni. X sangka pulak kena fly secepat ni. Hari tu Prof Laila kata mungkin dlm masa 3 minggu lagi kan?"

"Ya itu la. Bila dikenang balik rasa sayang nak tinggalkan medic school ni. Zara sedar x nanti kita akan grad lewat sikit dari diorang?"

"Ya saya tahu. Entah la Amir, saya mmg teringin sangat nak join program ni. Dulu time senior kita briefing pun da berangan da nak gi UK. Haha..." ketawa kecil Atim.

"Oh ya ke. Ok la harap kita bila kat sana dpt la kerjasama ok. Oh ya Zara da pilih tajuk x? Prof bagitau saya nanti kita akan ada supervisor dari uni kat sana. Takut pulak rasanya ni..."

"Belum lagi. Saya akan tanya pendapat Prof dulu kot. Insyaallah Amir boleh la. Kita sama2 banggakan nama uni kita ok?"

Mereka saling menderma senyuman sesama sendiri menuju ke kafe. Tiba2 Atim ternampak Danial. Dia ingin berjumpa dgn Danial utk memberitahu ttg keberangkatannya nanti.

"Amir saya minta diri dulu ok. Ada hal lain la."

"Ok Zara jumpa nanti."

Atim terus pergi ke arah Danial. Ramai sungguh org hari itu. Agak sesak org2 beratur di kaunter utk membayar makanan yg diambil. Atim cuba utk mendekati Danial tetapi keadaan yg sesak menghalangnya. Atim cuba utk menghubungi Danial tetapi tidak diangkat. 

"Barangkali dia silent phone dia kot" bisik Atim.





update sementara tunggu nak berbuka....enjoy!!!
salam ^^

EP 03 - Fatimah Zarra


Danial dibuai lamunan. Jauh di sudut hati Danial dia memang tak mahu lepaskan Atim pergi. "Kenapa perlu pergi sampai ke UK sedangkan kat Malaysia pun dah ada mcm2 facilities yg bagus2. Kan bagus kalau Atim dpt buat dekat UM je ni mudah utk aku jugak nak jumpa dia".

"Danial......Danial ok x ni?"

Lamunan Danial terhenti. Atim memandangnya dgn penuh rasa ingin tahu. Atim seperti dapat menjangka Danial tidak suka dgn kepergiannya ke UK nanti. Atim seolah-olah dapat membaca fikiran Danial itu yg mahukan dia menolak tawaran tersebut.

"Atim......Kalau Atim rasa itu yg terbaik utk future Atim, pergilah.....Danial x boleh nak halang keputusan Atim...Bukan ke ini impian Atim dari dulu lagi? So go for it Atim! Danial akan sentiasa support Atim dari jauh....." Jauh di benak hati Danial memang berat nak lepaskan Atim. Tapi apakan daya, dia tiada kuasa nak kawal hati dan kehendak Atim yg mmg kuat utk ke UK.

"Betul ke Danial ok? Atim bukan apa, sbg kawan rapat Atim nak juga tahu pendapat Danial. Danial je la kawan lelaki yg Atim boleh percaya. Tapi kalau Danial pun dah rasa mcm tu, Atim bersyukur sgt2. Atim ingat Danial x bagi Atim fly." Dengan muka comelnya itu, Atim memberi senyuman kpd Danial. Danial juga tersenyum.

"Betul la Atim... Kalau Atim masih x yakin dgn keputusan Atim, buat la solat istikharah. InsyaALLAH dpt petunjuk nanti ok?" 

"Baiklah Danial. Atim nak bincang dgn parents sekali lagi. Esok la Atim beri keputusan final either nak fly atau tak. Ok la Danial, jom kita solat. Kelas Atim pun nak start kejap lagi. Malam nanti Atim msg ok."

"Ok Atim." balas Danial.

Mereka berlalu dari kafe dan bergerak ke surau. Danial masih cuba utk menyembunikan perasaan sedihnya. Walaupun begitu, dia tetap redha dgn apa jua keputusan Atim. Mereka pun hanya berkawan. Couple itu haram, prinsip ini yg dipegang oleh mereka berdua sepanjang perkenalan mereka. Mereka sedar masing2 ada menyimpan perasaan sesama sendiri. Tetapi, selagi tiada ikatan yg sah, mereka hanyalah bergelar kawan. Biarlah jodoh Allah yg mengikat mereka nanti, insyaALLAH.

"Twit twit.....Twit twit....." telefon Danial berbunyi. Dia terus membuka msg yg diterima dari Atim.

"Assalam....Danial, parents Atim pun mcm Danial. Diorang support x kisah apa keputusan Atim. So, Atim dah buat keputusan nak terima tawaran ke UK tu."

"Waalaikumussalam....Ye ke Atim? Bagus la mcm tu. Restu ibubapa dah dpt, mudah kerja Atim nanti." balas Danial.

"Lepas ni mesti Atim busy. Mcm2 kerja nak kena buat dlm masa setahun kena completekan. Mungkin kita akan jarang contact lepas ni Danial. Danial ok ke nanti?"

Danial teragak-agak hendak membalas mesej itu. Perlu ke dia berterus terang kpd Atim yg dia x mahu Atim ke UK? Atau dia hanya terus berserah pd takdir?

"Ermmm.....Xpe la Atim. Atim fokus la pd research Atim dulu. Danial ok je.... Atim, Danial ada byk kerja la tutorial pun x siap lagi. Nanti Danial msg k." Mood Danial tiba2 berubah. 

“Danial ok ke x ni?” Danial tidak membalas mesej Atim itu. Atim dapat merasakan perubahan pd Danial sejak dia bertanya pendapat Danial ptg tadi.




Jom kita ikuti apa akan terjadi dlm episod akan dtg...stay tuned! =)

Saturday, July 21, 2012

EP 02 - Fatimah Zarra

Tengah hari itu setelah tamat common lecture dari Prof Sharifa, Danial terus ke kafe utk berjumpa dgn Atim seperti yg telah dijanjikan. Dengan perasaan ingin tahu yg kuat, Danial terus melangkah sambil fikirannya melayang memikirkan apa yg hendak diberitahu oleh Atim kepadanya.
"Hmmm.....Entah apalah yg Atim nak cakap kat aku ni....Macam ada hal penting je..." bisik hati Danial.

"Assalamualaikum Danial."

"Walaikumussalam. Atim dekat mana ni? Danial dah ada dekat kafe, depan gerai Mak Cik Kiah ni."

"Atim dekat sebelah gerai tu. Atim nampak Danial ni. Pusing belakang."

Danial cuba sembunyikan perasaan ingin tahunya yg kuat itu dan menoleh ke belakang dgn muka yg ceria. Senyuman manis terukir apabila Danial ternampak Atim. Inilah dia yg bakal menyerikan hidupnya dan akan membahagikan hari2 tuanya. Sudah lama Danial menyimpan perasaan terhadap Atim, sejak semasa mereka di asasi lagi. Pada mulanya kedua-duanya malu2 kusing nak bersapa. Semuanya bermula apabila mereka diberikan tugasan luar oleh pensyarah dan siletakkan dlm kumpulan yg sama. Masa itulah perasaan suka Danial kepada Atim semakin kukuh. Tetapi mereka begitu profesional dlm kerja dan tidak mahu hal2 peribadi dicampur aduk. Danial terus memendam rasa sendirian.

"Maaf Atim, Danial lewat sikit."

"Takpe... Duduklah dulu."

Danial duduk sambil bertanya kepada Atim. "Ada apa Atim nak jumpa Danial hari ni? Macam ada benda penting je Atim nak beritahu."

Atim memendang mata Danial dgn lirikan mata yg tenang. "Sebenarnya Atim dpt tawaran daripada fakulti utk buat research. Semuanya ditanggung oleh JPA. Atim pun baru dpt tahu pagi semalam bila Kak Intan call Atim. Dia ckp Atim punya keputusan final tahun lepas layak utk Atim buat research ni. Dan Atim terpaksa hold tahun 3 ni sbb resrach tu akan ambil masa setahun."

Danial terkedu. Dia sudah menjangka Atim akan berjaya dgn permohonan utk buat research tersebut. Atim mmg antara pelajar cemerlang dlm batch mereka. Atim mmg layak utk terima tawaran ni. 

"Oh baguslah Atim. Berapa org yg dpt? Danial ada dgr jugak Amir pun dapat jugak kan? Dia dpt tawaran buat reserach dekat UK. Atim camne?" Danial sgt teruja dan risau utk mengetahui ke mana Atim akan pergi. Biasanya, mereka yg cemerlang akan dihantar ke luar negara. Dia semakin gusar.

"Atim dpt tawaran ke UK jugak. Sama tempat dgn Amir. Atim dgn Amir je yg dpt pergi UK. Yg lain semuanya dekat Ireland dgn Russia. Ada jugak yg dekat dlm Malaysia je."

Terkedu Danial seketika. Dlm ramai2 kenapa Atim perlu sama universiti dgn Amir? Semua org tahu Atim dgn Amir sudah lama rapat apatah lagi mereka sering score dlm setiap test dan exam. Mereka mmg dipasangkan oleh kwn2 mereka kerana kebijaksanaan mereka. Hanya Danial yg tahu sejauh mana hubungan Atim dgn Amir. Danial juga tahu yg Amir pun menyimpan perasaan kpd Atim. Dia pernah terdengar Amir berkata kpd sahabatnya yg dia sudah lama memerhatikan Atim dan suka kpd gaya dan watak Atim yg pemalu dan lemah lembut. 

"Danial ok tak? Kenapa senyap je ni......" Atim perasaan perubahan muka Danial. "So, Danial rasa camne? Patut ke Atim terima tawaran ni? Danial mmg tahu kan Atim mmg impikan nak buat research ni lagi2 dpt tawaran pergi UK. Tapi byk benda pulak Atim kena tinggalkan utk medical school. Terpaksa hold tahun 3 lepas tu lambat la Atim grad nanti..." Atim cuba utk meminta pendapat Danial pula.

Danial tidak tahu hendak berkata apa kpd Atim. Dia cuba utk bersuara tetapi seperti dihalang oleh sesuatu. Terasa spt bibirnya melekat dan tidak boleh bersuara. Danial sedar betapa Atim menghendaki program research ni. Dah byk kali Atim bercerita kpd dia ttg program ini dan minatnya yg mendalam. 

Danial cuba utk bersuara. "Danial rasa................................"




Ingin mengetahui apa yg akan dikatakan oleh Danial kpd Atim? Adakah Danial akan merelakan kepergian Atim atau menegahnya daripada pergi ke UK?
Jgn lupa baca episod 3 insyaallah minggu depan (maaf kalau lambat post sbb sdg busy dgn presentation next 2 weeks) =)     

Thursday, July 19, 2012

I Won't Give Up on you too... ^_^


I won't give up on us,
Even if the skies get rough,
I'm giving you all my love,
I'm still looking up...

When you're needing your space,
To do some navigating,
I'll be here patiently waiting,
To see what you find...

Love the lyrics very much! She said that this song reminds her of me very much....
I'm so touched >_<



I won't give up on us.....n I still looking up on you =)

Tuesday, July 17, 2012

EP 01 - Fatimah Zarra

assalamualaikum warahmatullah.....alhamdulillah aku masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk menunaikan solat isyak hari ini. sejurus tangan kananku mengusap mukaku yang mulai kering dengan wudhuk tadi, lamunanku terhenti. dengan serta-merta dia muncul kembali dalam ingatanku. ayu berbaju kurung pahang berwarna perak serta selendang labuh yg bercorak bunga. berdiri betul-betul di hadapan pandanganku. lirikan mata dan senyuman manis bak gula yang terukir di wajahnya membuatkan aku tersedar.

astaghfirullah.....apalah yang aku ingatkan ni. benda dah lama, biarlah ia hilang dibawa angin kenangan lalu. kenapa tiba-tiba saja kau muncul kembali dalam ingatanku? sudah lama kau pergi. pergi ke tempat yang sangat jauh, lesap dari pandangan mataku ini...

"Assalamualaikum Danial Umar. danial tengah buat apa tu?" handphone berbunyi. ada mesej masuk.

"Waalaikumussalam Fatimah Zarra. takde apa baca buku yang atim bagi saya hari tu. dah separuh saya baca. memang sangat menarik buku ni! ada apa-apa ke atim call saya ni?"

"oh baguslah kalau dah nak habis. nanti boleh pinjam kat saya vol. 2 buku tu. sambungan cerita tu lagi best". oh ya saya nak jumpa awak esok boleh tak? ada hal yang saya perlu beritahu danial".

tiba-tiba aku menjadi cemas. "nak jumpa ye. ok saya free lepas lecture prof amin. kita jumpa dekat kafe lebih kurang pukul 12 boleh?"

"ok la saya punya teaching pun habis pukul 12. ok assalam..."

"waalaikumussalam..."

"hmm apalah agaknya yg penting sangat tu sampai atim nak jumpa aku esok? biasanya dia bercakap dlm telefon je tak pun mesej je. tiba2 nak jumpa esok. harap2 tiada yg buruk berlaku....." bisik hati danial.




ingin mengetahui apa yg ingin diberitahu oleh Fatimah Zarra kepada Danial Umar?
tunggu episod 2 nanti~~~

Tuesday, July 3, 2012

Telenovela~~~

Terasa nak buat satu drama bersiri berkisar tentang pelajaran, cinta, dan pengajaran la dekat blog ni. Mana tahu boleh diadaptasi masuk slot samarinda ke hehe ^^. Kalau ada masa insyaallah next week boleh start da. Kpd pembaca blog tunggu drama bersiri versi blog yg terbaru k!

Pengarah Muda : sang Bulan
Penulis Skrip : sang Bulan
Penerbit : sang Bulan

***gambar hiasan

Thursday, June 28, 2012

JOM JOIN SAYA!!!


Assalamualaikum. Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk menulis di sini.
Yeay saya pun nak berbisnes! 
Sekarang ni mmg ramai org yg berjaya dgn bisnes online ni.
So, apa salahnya anda cuba.
Dengan hanya bermodalkan RM100 sahaja anda akan dapat pulangan 100% semula!!!
X perlu jual brg, x perlu jumpa org, x perlu berpanas terik di luar!
Hanya duduk di bilik sambil online FB pun income sudah mari
Apa tunggu lagi jom join saya!
Klik link ini http://ik.my/qamar

Friday, June 22, 2012

Tempahan Biskut Raya 2012

Assalamualaikum... Lagi sebulan umat Islam nak berpuasa. Tapi nampaknya mama dah busy dan byk tempahan biskut raya dah diterima. So, kpd sesiapa yg berminat nak jadi dealer atau nak beli biskut raya mama boleh lah klik kat link ni =)


https://www.facebook.com/media/set/?set=a.183954651656901.62036.170929492959417&type=1

Friday, June 15, 2012

Kem PPD Kedua

Baru habis Kem PPD yg kedua dekat Kem BTN Ulu Sepri Rembau semalam. Overall, kem kali ni ok la jugak tpi personally aku lebih suka kem ppd masa year 1 dulu. Kalau time freshie dulu semua x kenal lagi dan bila dbahagikan kpd group2 kecil ukhuwah tu lebih kuat. Semuanya eager nak kenal satu sama lain sbb nak be as a team for the whole semester. But kem yg kedua ni not bad at all. Masih seronok bila duduk dalam group lebih2 lagi macam aktiviti kembara dan sketch. Baru boleh nampak semangat teamwork dan saling menolong antara satu sama lain. Apa yg best ttg kem ppd ni dapat rehat sikit dari kehidupan dekat hospital, aku suka environment so of course aktiviti plg best bila kembara masuk hutan. Selain tu, kami dpt kuatkan hubungan kami dan dpt kenal someone lebih lagi.

Looking forward for the last PPD Camp in 5th year! ^ ^

kumpulan plg sporting 2.0sem!

Monday, June 11, 2012

Meet my Iguana ^ ^


This is my new pet. She is Miss iguana. I know she looks more like an orange lizard but she got yellow spots on her body so I assume her as an iguana. I got her last Monday from a very creative friend of mine who created her. She is so cute. She has thick eyelashes, big eyes and cute smile. Whenever I go, I will carry her at my bag. Do greet her if you find her in the hospitals because she is very friendly and tame =).  

Sunday, June 10, 2012

Mount Kinabalu & Sayonara KK :( (Part Finale)

pemandangan dari skyview pekan kecil di kaki gunung
Hari ketiga di Sabah. Hari utk travel ke tempat lebih jauh dari KK. Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Teanggara (kalau x silap) ni lebih kurang 60km dari KK. Dan boleh gunakan jalan darat. Sepupu aku pernah pesan kalau nak mendaki gunung ni kena keluar pagi2. Kalau bertuah dapat tgk puncak gunung pd awal pagi sbb bila makin tengah hari awan dah mula lindung puncak gunung. Niat di hati nak mendaki hingga sampai ke puncak namun apakan daya terlambat bgn semuanya x jadi. So kitorang just melawat kaki gunung dan meninjau2 kawasan sekitar.

jambatan tamparuli
Sebelum sampai kawasan gunung, kitorang lewati Jambatan Tamparuli. Kalau korang asal org Sabah mesti tahu lagu rakyat jambatan tamparuli kan. Dulu ada juga penyanyi dari Sabah yg menyanyikan lagu jambatan tamparuli cthnya Marsha. Kalau dulu dgr nama dlm lagu je sekarang dah dapat rasa berjalan atas jambatan ni. Sebenarnya jambatan ni fungsinya utk menyambungkan jalan nak masuk ke Tamparuli. Laluan jalan raya mmg agak sempit, hanya muat utk satu lorong saja dan bila air sungai pasang, laluan jalan raya x boleh digunakan. Sebab itu jambatan ni dibina utk memudahkan penduduk kampung keluar masuk kampung mereka.




posing di atas jambatan
adik beradik jambatan tamparuli

Kami teruskan perjalanan dan sampai dekat satu kawasan utk membeli cenderamata. Dekat sini juga ada menara utk melihat puncak dan kawasan sekitar Gunung Kinabalu. Bila dah sampai sini terasa juga angin kedinginan berada di tempat tinggi. Sepanjang perjalanan sebenarnya, sangat curam dan tinggi. Kalau koranmg pernah pergi ke Cameron Highlands dan Genting Highlands pasti dpt bayangkan keadaan jalan raya di sana. Cuma dekat sana lebih tinggi dan panjang jalan rayanya.
view dari tempat melihat puncak gunung

Alhamdulillah setelah lebih kurang 2 jam perjalanan, kami tiba di kaki gunung. Untuk masuk dikenakan bayaran tapi murah je. Dekat kawasan kaki gunung ni dikelilingi dgn hutan dan juga chalet2 utk pendaki2 gunung. Terdapat juga kafe, kedai cenderahati dan muzium. Di dalam muzium, terdapat pelbagai gambar dan specimen yg terdapat di gunung ini. Antaranya hidupan liar spt kancil, tupai terbang dan ular begitu juga bunga terbesar iaitu bunga rafflesia. Ada seorang tour guide menceritakan setiap tahun Gunung Kinabalu akan meninggi disebabkan perubahan sistem alam. Jadi ketinggian gunung ni akan berubah setiap tahun walaupun tidak banyak perubahan. Semasa dalam kawasan gunung ni, udara mmg sangat nyaman dan agak sejuk. Tapi dekat CH dan GH lagi sejuk la.

semasa di Taman Kinabalu
di bukit tupai trail di kaki gunung
Taman Kinabalu
di kundasang
Selepas puas menikmati pemandangan di kaki gunung, kitorang teruskan perjalanan sehingga sampai Kundasang. Kundasang dgn Taman Kinabalu tak jauh sgt lebih kurang 20 minit perjalanan. Di Kundasang sebenarnya dapat lihat dgn lebih jelas puncak Gunung Kinabalu. Awan melepasi dan menutupi puncak gunung tapi kitorang berjaya juga tangkap gambar dibelakangi puncak Gunung Kinabalu. Sepanjang perjalanan di kawasan yg curam ni mmg susah nak jumpa masjid atau surau sehinggalah kitorang sampai dekat Kundasang. Mungkin majoriti mereka yg tinggal di kawasan gunung beragama kristian sbb byk signboard gereja. Lepas tu, kami teruskan perjalanan pulang ke KK semula. Sampai di KK kitorang terus balik hotel utk makan an berehat. Pada waktu malam pula, kitorang keluar makan di Pasar Filipina utk terakhir kalinya meratah makanan laut yg fresh. itulah mlm terakhir di KK sebelum kitorang pulang ke Johor esoknya. Lepas makan, kitorang sempat pergi jalan2 utk kali terakhir di shopping complex sekitar hotel. Untuk supper, kitorang sempat minum2 dekat Secret Recipe just belakang hotel. 

check-out time :(
Hari terakhir di KK... Flight kitorang sepatutnya pukul 1.30pm. So pagi tu sempat makan je sebelum check-out. Walau bagaimanapun, aku dgn sepupu sempat fly ke Pasar Filipina utk terakhir kalinya. Tak tahu la bila lagi lepas ni nak dpt sampai sini. Kitorang dpt beli baju dan cenderahati lain utk kawan masing2. Lepas tu, terus kemas brg2, check out dan bergerak ke Terminal 2 KK. Bila dah siap timbang berat beg tiba2 dekat kaunter tu ada satu tragedi berlaku. Aku, adik dgn sepupu aku tersilap tiket flight balik Johor. Yg lain semuanya betul pukul 1.30pm 4 Jun 2012 tapi kitorang bertiga ni dekat tiket flight tertulis 1.30pm 4 Julai 2012. Masing2 dah panik. Tak kan nak kena stay KK lagi utk sebulan. Kena kerja laut la kitorang nak tunggu sampai 4 Julai. Penjaga kaunter tu cuba buat semakan byk kali dan mmg nama kitorang bertiga tak tertukar pun ke 4 Jun 2012. Mungkin ada kesilapan semasa booking atau check-in hari tu. Bila semua org especially kitorang bertiga dah panik sgt, keseronokan pergi Sabah bertukar jadi ketakutan. Takut gak tak boleh nak tukar tiket kena duduk KK lagi sebulan.

mereka yg bergerak pulang awal
muka excited nak balik Johor tiba2 ada tragedi pulak

Akhirnya, bila dah mmg x boleh nak tukar nama sebab flight hari tu full, dan bila check byk kali result still the same, jalan terakhir ialah beli tiket flight baru. Aku, adik dan sepupu aku terpaksa naik flight ke Senai pukul 5.30pm, manakala yg lain semuanya bergerak pukul 1.30pm. Terpaksalah kami berpisah dan jumpa balik dekat Johor lebih kurang pukul 8pm nanti. Bila yg lain dah fly, kitorang bertiga terpaksa tunggu dekat Terminal 1 sampai pukul 5.30pm baru naik flight. Bila dah berada dlm flight balik rasa sgt lega. Tak payah nak kena duduk KK sampai Julai kalau x mmg kena tumpang rumah Azri la sebulan =P. Alhamdulillah kitorang selamat sampai Senai jam 7.50pm. Lepas tu terus berkejar ke Terminal bas Larkin sbb bas aku balik KL pukul 9pm. Aku selamat sampai HUKM pukul 1.30am dan kena ready utk perg teaching O&G esok paginya. Mmg exhausted but enjoy sgt2!


 Every moments in Sabah is like a white pearl, shines whenever and wherever it takes. 
It will never fade and damage as it is very pure and genuine.  


Wednesday, June 6, 2012

Pulau Manukan (Part 2)

  
view dari bilik hotel tingkat 7


sementara menunggu bot utk ke Manukan Island
Hari kedua di Sabah mmg menyeronokkan. Sbb hari ni aku for the very first time akan cuba snorkeling di Pulau Manukan. Plan utk hari kedua mmg untuk habiskan masa dekat pulau. Kitorang bangun agak awal dan berada di jeti utk ke pulau lebih kurang pukul 10.30am. Dekat jeti mmg banyak kaunter tiket utk ke pulau. Dan ada banyak pakej samada nak pergi satu pulau je, atau pun tiga pulau sekaligus. Kitorang cuma pergi satu pulau je, iaitu Pulau Manukan. Berdasarkan pengalaman abg aku, dia ckp Pulau Manukan mmg cantik. Air jernih, byk hidupan laut mmg sesuai sgt utk snorkeling. Harga tiket bot utk ke Pulau Manukan lebih kurang RM25 seorang. Nak snorkeling pulak kena sewa life jacket dan goggles lebih kurang RM25 lagi.
nampak ikan2 berenang



tiba di Pulau Manukan...an adventerous boat ride!!!
 Perjalanan ke pulau ambil masa lebih kurang 30 minit. Apa yg seronok dan membahayakan semasa atas bot ialah bila ada ombak yg kuat. Bot akan terlompat2 dan kitorang pun terjerit2 terasa mcm terlanggar bonggol tinggi. Nasib baik ada life jacket. Sampai di Manukan, terus tukar baju utk mandi pantai. Siap sewa semua peralatan utk snorkeling, terus menuju ke pantai. Bukan senang sebenarnya nak snorkeling ni tambahan air kat pulau ni sgt3 masin. Tersedak2 bila air masuk dlm mulut. Tapi pengalaman yg sgt seronok bila dapat lihat sekumpulan ikan berenang2 di sekeliling kita. Terasa dah mcm duyung jantan pulak. Mmg excited sgt cuba nak sentuh ikan2 tapi x dapat oleh sbb kesan pembiasan cahaya kot. Pengalaman yg x kan dpt dilupakan. Next time kena snorkeling dekat pulau lain pulak.

selamat datang ke Pulau Manukan

selamat tinggal Pulau Manukan
Oleh sbb cuaca mcm mendung sikit, kitorang pulang lebih awal. Balik ke hotel utk berehat. Waktu ptg pulak masa utk jalan2 dan shopping dekat Pasar Filipina (2nd round) dan shopping complex sekitar hotel. Dekat dgn hotel ni (spt yg dah diceritakan dlm part 1) mcm2 ada. Ada butik pakaian mcm PDI, Padini, Espirit, dan Seed. Restoran makanan segera pun byk mcm McDonald, KFC, dan Pizza Hut. Selain tu, ada gak Secret Recipe dan Starbucks. Semuanya mengelilingi hotel kitorang dekat ground level.

Utk dinner kitorang makan dekat McD lepas penat pusing2. Well McD dekat sini sama je harga dgn dekat semenanjung. Makanan pun sama jugak. Ingatkan ada ke McLobster Burger ke rupa2nya takde dekat sini. Kena pergi Pasar Filipina jugak nak makan lobster. Lepas habis makan dan puas pusing2 kitorang balik hotel dan tidur. Ready utk bangun awal pagi esoknya sbb nak mandaki Mount Kinabalu.

sambung next post utk hari ketiga dan keempat dekat KK. Tunggu post akan dtg sbb ada tragedi yg berlaku sebelum kitorang pulang ke semenanjung. to be continued..... 


jom tgk scenery2 dekat jeti dan Pulau Manukan :)

jeti utk ke pulau (lupa nama jeti ni)
org ramai ready utk naik bot
antara bot yg ada kat jeti


tiba di Pulau Manukan masa ni air pasang

jambatan masuk ke pulau
lebih kurg mcm lobby jugak la

kalau mata korg tajam boleh nampak ikan todak dan ikan2 kecil (xde lens macro)