Burrrpp.... Alhamdulillah.. Sambil Danial mengelap tangannya dgn tisu dia menyeluk sakunya utk melihat telefonnya. Oh ada 3 missed calls dari Atim la. Nak apa pulak ye ada apa2 yg x kena ke ni? Tanya Danial kpd dirinya. Dia memeriksa sekelilingnya takut2 Atim masih berada di kafe. Setelah itu, dia menghantar msg kpd Atim.
Assalam Atim.. Ada apa ye Atim call Danial? Ada apa2 yg x kena ke? Sambil berjalan menuju ke kelas Prof Yuli.
Waalaikumsalam.. Atim nampak Danial dekat kafe tadi. Ada sesuatu yg Atim perlu beritahu. Boleh kita jumpa lepas kelas nanti x? Jumpa di library ok.. Balas Atim.
Ok... Danial seperti dapat mengagak apa yg ingin Atim cakap kepadanya. Pasti pasal nak pergi UK ni. Dia cuba utk tidak memikirkan tentang perkara itu. Fokus Danial, fokus... Apa yg nak terjadi biarlah.. Bisik hatinya.
Ok students we stop here. And don't forget to read up more about abdominal diseases which are common in Asia. I will ask u next week. Thank you.
Danial terus mengemas barang2nya dan menuju ke library. Atim, Danial on the way ke library.
Atim menunggu dgn penuh kesabaran di sudut surat khabar. Dia juga buntu macamana nak sampaikan berita keberangkatannya ke UK minggu depan. Apa yg dia lebih risau adalah Danial x dapat menerima pemergiannya. Dia juga takut apa yg akan berlaku dgn hubungan mereka. Mereka terpaksa berpisah selama setahun lebih tambahan mereka sangat jauh. Hubungan jarak jauh biasanya x kekal. Macam2 yg berlegar dalam akal fikirannya.
Assalamualaikum Atim. Lama tunggu?
Walaikumussalam.. Danial, duduklah. Xde la lama baru jugak ni. Semalam nak jumpa Danial kat kafe tapi x dapat sbb ramai org. Cuba call Danial x angkat pulak..
Oh ya. Sorry2 Atim x perasan la. Bising sgt kan dekat kafe tu lagi2 lunch hour. So, anything Atim nak ckp dekat Danial? Pasal UK kan?
Err.... Ya Danial pasal tu.. Dan Atim akan fly next week, hari Selasa... Atim berat utk memberitahu perkara ini tetapi dia harus berterus terang dgn Danial. Danial terpaku sebentar. Riak mukanya berubah. Awalnya secerah mentari pagi menjadi mendung seakan hujan akan turun. Dia sudah dapat agak tentang perkara ini dan dia sebenarnya lebih bersedia sekarang.
Dengan nada yg tenang dan sayu Danial berkata. Hmm... Cepat pulak Atim kena fly kan... Tapi Danial faham. Danial tahu ini impian Atim, dan Atim berhak. So, apa yg Danial boleh ckp hati2 dekat sana. Jaga diri baik2 ingat tuhan dan family. Sempurnakan apa yg Atim kena buat. Danial doakan yg terbaik utk Atim. Danial yakin Atim boleh berjaya kat sana... Secebis senyuman dilemparkan kpd Atim.
Atim tahu Danial akan berkata begitu. Sejak dulu lagi Danial selalu memberi dorongan dan mengiyakan apa saja yg dia katakan kecuali sesuatu yg x benar. Danial akan cuba mengalah dlm apa jua keadaan. Dia sayangkan hubungan ini. Sayang kerana Allah. Tapi jodoh semuanya di tangan-Nya. Mereka berlalu dari situ dan pulang ke kolej masing2. Dengan hati yg penuh kesedihan, kedua-duanya....
bersambung
cm xpernah je jumpa org nma Fatimah panggil Atim. slalu Timah, Tim..
ReplyDelete