Sunday, August 5, 2012

EP 03 - Fatimah Zarra


Danial dibuai lamunan. Jauh di sudut hati Danial dia memang tak mahu lepaskan Atim pergi. "Kenapa perlu pergi sampai ke UK sedangkan kat Malaysia pun dah ada mcm2 facilities yg bagus2. Kan bagus kalau Atim dpt buat dekat UM je ni mudah utk aku jugak nak jumpa dia".

"Danial......Danial ok x ni?"

Lamunan Danial terhenti. Atim memandangnya dgn penuh rasa ingin tahu. Atim seperti dapat menjangka Danial tidak suka dgn kepergiannya ke UK nanti. Atim seolah-olah dapat membaca fikiran Danial itu yg mahukan dia menolak tawaran tersebut.

"Atim......Kalau Atim rasa itu yg terbaik utk future Atim, pergilah.....Danial x boleh nak halang keputusan Atim...Bukan ke ini impian Atim dari dulu lagi? So go for it Atim! Danial akan sentiasa support Atim dari jauh....." Jauh di benak hati Danial memang berat nak lepaskan Atim. Tapi apakan daya, dia tiada kuasa nak kawal hati dan kehendak Atim yg mmg kuat utk ke UK.

"Betul ke Danial ok? Atim bukan apa, sbg kawan rapat Atim nak juga tahu pendapat Danial. Danial je la kawan lelaki yg Atim boleh percaya. Tapi kalau Danial pun dah rasa mcm tu, Atim bersyukur sgt2. Atim ingat Danial x bagi Atim fly." Dengan muka comelnya itu, Atim memberi senyuman kpd Danial. Danial juga tersenyum.

"Betul la Atim... Kalau Atim masih x yakin dgn keputusan Atim, buat la solat istikharah. InsyaALLAH dpt petunjuk nanti ok?" 

"Baiklah Danial. Atim nak bincang dgn parents sekali lagi. Esok la Atim beri keputusan final either nak fly atau tak. Ok la Danial, jom kita solat. Kelas Atim pun nak start kejap lagi. Malam nanti Atim msg ok."

"Ok Atim." balas Danial.

Mereka berlalu dari kafe dan bergerak ke surau. Danial masih cuba utk menyembunikan perasaan sedihnya. Walaupun begitu, dia tetap redha dgn apa jua keputusan Atim. Mereka pun hanya berkawan. Couple itu haram, prinsip ini yg dipegang oleh mereka berdua sepanjang perkenalan mereka. Mereka sedar masing2 ada menyimpan perasaan sesama sendiri. Tetapi, selagi tiada ikatan yg sah, mereka hanyalah bergelar kawan. Biarlah jodoh Allah yg mengikat mereka nanti, insyaALLAH.

"Twit twit.....Twit twit....." telefon Danial berbunyi. Dia terus membuka msg yg diterima dari Atim.

"Assalam....Danial, parents Atim pun mcm Danial. Diorang support x kisah apa keputusan Atim. So, Atim dah buat keputusan nak terima tawaran ke UK tu."

"Waalaikumussalam....Ye ke Atim? Bagus la mcm tu. Restu ibubapa dah dpt, mudah kerja Atim nanti." balas Danial.

"Lepas ni mesti Atim busy. Mcm2 kerja nak kena buat dlm masa setahun kena completekan. Mungkin kita akan jarang contact lepas ni Danial. Danial ok ke nanti?"

Danial teragak-agak hendak membalas mesej itu. Perlu ke dia berterus terang kpd Atim yg dia x mahu Atim ke UK? Atau dia hanya terus berserah pd takdir?

"Ermmm.....Xpe la Atim. Atim fokus la pd research Atim dulu. Danial ok je.... Atim, Danial ada byk kerja la tutorial pun x siap lagi. Nanti Danial msg k." Mood Danial tiba2 berubah. 

“Danial ok ke x ni?” Danial tidak membalas mesej Atim itu. Atim dapat merasakan perubahan pd Danial sejak dia bertanya pendapat Danial ptg tadi.




Jom kita ikuti apa akan terjadi dlm episod akan dtg...stay tuned! =)

No comments:

Post a Comment