Sunday, June 10, 2012

Mount Kinabalu & Sayonara KK :( (Part Finale)

pemandangan dari skyview pekan kecil di kaki gunung
Hari ketiga di Sabah. Hari utk travel ke tempat lebih jauh dari KK. Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Teanggara (kalau x silap) ni lebih kurang 60km dari KK. Dan boleh gunakan jalan darat. Sepupu aku pernah pesan kalau nak mendaki gunung ni kena keluar pagi2. Kalau bertuah dapat tgk puncak gunung pd awal pagi sbb bila makin tengah hari awan dah mula lindung puncak gunung. Niat di hati nak mendaki hingga sampai ke puncak namun apakan daya terlambat bgn semuanya x jadi. So kitorang just melawat kaki gunung dan meninjau2 kawasan sekitar.

jambatan tamparuli
Sebelum sampai kawasan gunung, kitorang lewati Jambatan Tamparuli. Kalau korang asal org Sabah mesti tahu lagu rakyat jambatan tamparuli kan. Dulu ada juga penyanyi dari Sabah yg menyanyikan lagu jambatan tamparuli cthnya Marsha. Kalau dulu dgr nama dlm lagu je sekarang dah dapat rasa berjalan atas jambatan ni. Sebenarnya jambatan ni fungsinya utk menyambungkan jalan nak masuk ke Tamparuli. Laluan jalan raya mmg agak sempit, hanya muat utk satu lorong saja dan bila air sungai pasang, laluan jalan raya x boleh digunakan. Sebab itu jambatan ni dibina utk memudahkan penduduk kampung keluar masuk kampung mereka.




posing di atas jambatan
adik beradik jambatan tamparuli

Kami teruskan perjalanan dan sampai dekat satu kawasan utk membeli cenderamata. Dekat sini juga ada menara utk melihat puncak dan kawasan sekitar Gunung Kinabalu. Bila dah sampai sini terasa juga angin kedinginan berada di tempat tinggi. Sepanjang perjalanan sebenarnya, sangat curam dan tinggi. Kalau koranmg pernah pergi ke Cameron Highlands dan Genting Highlands pasti dpt bayangkan keadaan jalan raya di sana. Cuma dekat sana lebih tinggi dan panjang jalan rayanya.
view dari tempat melihat puncak gunung

Alhamdulillah setelah lebih kurang 2 jam perjalanan, kami tiba di kaki gunung. Untuk masuk dikenakan bayaran tapi murah je. Dekat kawasan kaki gunung ni dikelilingi dgn hutan dan juga chalet2 utk pendaki2 gunung. Terdapat juga kafe, kedai cenderahati dan muzium. Di dalam muzium, terdapat pelbagai gambar dan specimen yg terdapat di gunung ini. Antaranya hidupan liar spt kancil, tupai terbang dan ular begitu juga bunga terbesar iaitu bunga rafflesia. Ada seorang tour guide menceritakan setiap tahun Gunung Kinabalu akan meninggi disebabkan perubahan sistem alam. Jadi ketinggian gunung ni akan berubah setiap tahun walaupun tidak banyak perubahan. Semasa dalam kawasan gunung ni, udara mmg sangat nyaman dan agak sejuk. Tapi dekat CH dan GH lagi sejuk la.

semasa di Taman Kinabalu
di bukit tupai trail di kaki gunung
Taman Kinabalu
di kundasang
Selepas puas menikmati pemandangan di kaki gunung, kitorang teruskan perjalanan sehingga sampai Kundasang. Kundasang dgn Taman Kinabalu tak jauh sgt lebih kurang 20 minit perjalanan. Di Kundasang sebenarnya dapat lihat dgn lebih jelas puncak Gunung Kinabalu. Awan melepasi dan menutupi puncak gunung tapi kitorang berjaya juga tangkap gambar dibelakangi puncak Gunung Kinabalu. Sepanjang perjalanan di kawasan yg curam ni mmg susah nak jumpa masjid atau surau sehinggalah kitorang sampai dekat Kundasang. Mungkin majoriti mereka yg tinggal di kawasan gunung beragama kristian sbb byk signboard gereja. Lepas tu, kami teruskan perjalanan pulang ke KK semula. Sampai di KK kitorang terus balik hotel utk makan an berehat. Pada waktu malam pula, kitorang keluar makan di Pasar Filipina utk terakhir kalinya meratah makanan laut yg fresh. itulah mlm terakhir di KK sebelum kitorang pulang ke Johor esoknya. Lepas makan, kitorang sempat pergi jalan2 utk kali terakhir di shopping complex sekitar hotel. Untuk supper, kitorang sempat minum2 dekat Secret Recipe just belakang hotel. 

check-out time :(
Hari terakhir di KK... Flight kitorang sepatutnya pukul 1.30pm. So pagi tu sempat makan je sebelum check-out. Walau bagaimanapun, aku dgn sepupu sempat fly ke Pasar Filipina utk terakhir kalinya. Tak tahu la bila lagi lepas ni nak dpt sampai sini. Kitorang dpt beli baju dan cenderahati lain utk kawan masing2. Lepas tu, terus kemas brg2, check out dan bergerak ke Terminal 2 KK. Bila dah siap timbang berat beg tiba2 dekat kaunter tu ada satu tragedi berlaku. Aku, adik dgn sepupu aku tersilap tiket flight balik Johor. Yg lain semuanya betul pukul 1.30pm 4 Jun 2012 tapi kitorang bertiga ni dekat tiket flight tertulis 1.30pm 4 Julai 2012. Masing2 dah panik. Tak kan nak kena stay KK lagi utk sebulan. Kena kerja laut la kitorang nak tunggu sampai 4 Julai. Penjaga kaunter tu cuba buat semakan byk kali dan mmg nama kitorang bertiga tak tertukar pun ke 4 Jun 2012. Mungkin ada kesilapan semasa booking atau check-in hari tu. Bila semua org especially kitorang bertiga dah panik sgt, keseronokan pergi Sabah bertukar jadi ketakutan. Takut gak tak boleh nak tukar tiket kena duduk KK lagi sebulan.

mereka yg bergerak pulang awal
muka excited nak balik Johor tiba2 ada tragedi pulak

Akhirnya, bila dah mmg x boleh nak tukar nama sebab flight hari tu full, dan bila check byk kali result still the same, jalan terakhir ialah beli tiket flight baru. Aku, adik dan sepupu aku terpaksa naik flight ke Senai pukul 5.30pm, manakala yg lain semuanya bergerak pukul 1.30pm. Terpaksalah kami berpisah dan jumpa balik dekat Johor lebih kurang pukul 8pm nanti. Bila yg lain dah fly, kitorang bertiga terpaksa tunggu dekat Terminal 1 sampai pukul 5.30pm baru naik flight. Bila dah berada dlm flight balik rasa sgt lega. Tak payah nak kena duduk KK sampai Julai kalau x mmg kena tumpang rumah Azri la sebulan =P. Alhamdulillah kitorang selamat sampai Senai jam 7.50pm. Lepas tu terus berkejar ke Terminal bas Larkin sbb bas aku balik KL pukul 9pm. Aku selamat sampai HUKM pukul 1.30am dan kena ready utk perg teaching O&G esok paginya. Mmg exhausted but enjoy sgt2!


 Every moments in Sabah is like a white pearl, shines whenever and wherever it takes. 
It will never fade and damage as it is very pure and genuine.  


No comments:

Post a Comment