Wednesday, June 6, 2012

Pulau Manukan (Part 2)

  
view dari bilik hotel tingkat 7


sementara menunggu bot utk ke Manukan Island
Hari kedua di Sabah mmg menyeronokkan. Sbb hari ni aku for the very first time akan cuba snorkeling di Pulau Manukan. Plan utk hari kedua mmg untuk habiskan masa dekat pulau. Kitorang bangun agak awal dan berada di jeti utk ke pulau lebih kurang pukul 10.30am. Dekat jeti mmg banyak kaunter tiket utk ke pulau. Dan ada banyak pakej samada nak pergi satu pulau je, atau pun tiga pulau sekaligus. Kitorang cuma pergi satu pulau je, iaitu Pulau Manukan. Berdasarkan pengalaman abg aku, dia ckp Pulau Manukan mmg cantik. Air jernih, byk hidupan laut mmg sesuai sgt utk snorkeling. Harga tiket bot utk ke Pulau Manukan lebih kurang RM25 seorang. Nak snorkeling pulak kena sewa life jacket dan goggles lebih kurang RM25 lagi.
nampak ikan2 berenang



tiba di Pulau Manukan...an adventerous boat ride!!!
 Perjalanan ke pulau ambil masa lebih kurang 30 minit. Apa yg seronok dan membahayakan semasa atas bot ialah bila ada ombak yg kuat. Bot akan terlompat2 dan kitorang pun terjerit2 terasa mcm terlanggar bonggol tinggi. Nasib baik ada life jacket. Sampai di Manukan, terus tukar baju utk mandi pantai. Siap sewa semua peralatan utk snorkeling, terus menuju ke pantai. Bukan senang sebenarnya nak snorkeling ni tambahan air kat pulau ni sgt3 masin. Tersedak2 bila air masuk dlm mulut. Tapi pengalaman yg sgt seronok bila dapat lihat sekumpulan ikan berenang2 di sekeliling kita. Terasa dah mcm duyung jantan pulak. Mmg excited sgt cuba nak sentuh ikan2 tapi x dapat oleh sbb kesan pembiasan cahaya kot. Pengalaman yg x kan dpt dilupakan. Next time kena snorkeling dekat pulau lain pulak.

selamat datang ke Pulau Manukan

selamat tinggal Pulau Manukan
Oleh sbb cuaca mcm mendung sikit, kitorang pulang lebih awal. Balik ke hotel utk berehat. Waktu ptg pulak masa utk jalan2 dan shopping dekat Pasar Filipina (2nd round) dan shopping complex sekitar hotel. Dekat dgn hotel ni (spt yg dah diceritakan dlm part 1) mcm2 ada. Ada butik pakaian mcm PDI, Padini, Espirit, dan Seed. Restoran makanan segera pun byk mcm McDonald, KFC, dan Pizza Hut. Selain tu, ada gak Secret Recipe dan Starbucks. Semuanya mengelilingi hotel kitorang dekat ground level.

Utk dinner kitorang makan dekat McD lepas penat pusing2. Well McD dekat sini sama je harga dgn dekat semenanjung. Makanan pun sama jugak. Ingatkan ada ke McLobster Burger ke rupa2nya takde dekat sini. Kena pergi Pasar Filipina jugak nak makan lobster. Lepas habis makan dan puas pusing2 kitorang balik hotel dan tidur. Ready utk bangun awal pagi esoknya sbb nak mandaki Mount Kinabalu.

sambung next post utk hari ketiga dan keempat dekat KK. Tunggu post akan dtg sbb ada tragedi yg berlaku sebelum kitorang pulang ke semenanjung. to be continued..... 


jom tgk scenery2 dekat jeti dan Pulau Manukan :)

jeti utk ke pulau (lupa nama jeti ni)
org ramai ready utk naik bot
antara bot yg ada kat jeti


tiba di Pulau Manukan masa ni air pasang

jambatan masuk ke pulau
lebih kurg mcm lobby jugak la

kalau mata korg tajam boleh nampak ikan todak dan ikan2 kecil (xde lens macro)










No comments:

Post a Comment