Tuesday, June 5, 2012

Cintaku Tertinggal di Sabah (Part 1)

ready for departure
Assalamualaikum bloggers semua. Thanks kpd yg sempat singgah dan baca post2 yg ada kat blog Sang Bulan ni. Walaupun kurang wow harap korang semua enjoy la jugak story2 aku kat sini. Sekarang aku nak cerita percutian aku di Kota Kinabalu, Sabah. Sebenarnya aku dan adik aku terikut family makcik aku. Dialah yg bertanggungjawab utk tempah tiket tambang murah Air Asia sejak akhir tahun lepas. Alang2 dah tempah tiket, aku join la sekali. Kitorang stay dekat Sabah utk 4 hari, 1 Jun sampai 4 Jun 2012.  

sempat snap sebelum naik flight pastu kena warning
Flight pergi KK ambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Kitorang departed pukul 10.30am sampai KK lebih kurang 12.50pm. Memandangkan ini first time aku naik flight memang excited sgt lagi2 masa nak terbang dan nak landing. Dah di awan biru bantai tidur je. Nak usha pramugari pun x sempat... Lepas mendarat, sewa teksi terus ke hotel penginapan kami, Imperial Boutec Hotel. Mula2 cemas jugak x jumpa hotel ni. Rupa2nya hotel ni ada dlm bangunan Warisan Square dekat level 7 je. Walaupun satu level je tpi bilik sgt cantik. Tambahan dpt bilik seaview mmg nice dgn kapal2 dan kapal terbang passing by. 

lobby view Imperial Boutec Hotel
Siap check-in, kitorang turun pergi cari makan. Hotel ni mmg strategik sgt sebab berada dekat dlm shopping center dan depan hotel pun shopping complex. Memang dikelilingi oleh tempat2 panghabis duit. Oleh sebab kurang yakin dgn makanan2 kat KK ni, kitorang hentam fast food je. Tapi pizza hut dekat KK mcm lebih sedap dari dekat semenanjung. Mungkin sbb lebih seafood kot. 

tgh tunggu pizza sampai lapar giler!!!
Lepas makan, ready utk explore sekitar tempat penginapan ni lagi. Mmg sgt2 strategik sbb jalan kaki kurang 10 minit dah sampai Pasar Filipina, tempat yg famous utk beli cenderahati, ikan kering, pasar dan tempat makan seafood umpama lobster, udang, sotong dan mcm2 lagi. Masa dekat sini mmg rambang mata. Banyak kedai dan semuanya cuba nak tarik pelanggan dgn harga yg murah2. Dekat sini bagi perempuan syurga utk borong gelang, cincin, brouch dan rantai bertatahkan mutiara Sabah. Bagi lelaki pulak boleh beli butang baju melayu bertatahkan mutiara Sabah yg asli jugak. Rupa2nya mutiara ni ada 2 jenis, mutiara air tawar dan mutiara air masin. Yg lebih tahan kualitinya dan lagi mahal mutiara air masin. Alang2 dah sampai Sabah kena la bawak balik mutiara byk2 kan. Boleh buka bisnes jual mutiara. 

scenery di tanjung aru yg very cloudy
Lepas habiskan duit utk hari pertama kat Pasar Filipina ni, kitorang sewa teksi lagi menuju Tanjung Aru. Konon2 nak tgk sunset dekat sana malangnya cuaca mendung dan awan kelabu meliputi matahari. X nampak sunset ptg tu. Tapi dpt pergi utk 2nd time ke Tanjung Aru ni masa hari ketiga. 

Aktiviti malam pulak ialah makan dekat Pasar Filipina. Of course semua juadah seafood. Apa yg menarik makan seafood dekat sini ialah semuanya mmg fresh dibakar after order. Banyak choice mcm ikan2, udang2 besar, lobster, ketam dan sotong. Semuanya mmg besar2 harga pun boleh tahan besar jugak. Habis makan pulang ke hotel utk berehat lepas penat round KK utk hari pertama. 

makan malam kami
 Itulah yg apa aku lalui pd hari pertama di KK. Banyak lagi gambar2 dan aktiviti2 menarik aku nak story kat sini. Tunggu sambungan part 2 pulak k....


to be continued.....



#waktu sembahyang dekat Sabah lebih cepat 1 jam daripada di semenanjung. Contohnya waktu Zuhur dekat Sabah dalam pukul 12.10pm berbanding dekat KL dalam pukul 1.30pm. Pukul 6pm Sabah dah mcm pukul 8pm dekat KL. Patutlah org2 Sabah berbuka lebih awal dari org2 semenanjung ye   

No comments:

Post a Comment