Thursday, June 28, 2012

JOM JOIN SAYA!!!


Assalamualaikum. Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk menulis di sini.
Yeay saya pun nak berbisnes! 
Sekarang ni mmg ramai org yg berjaya dgn bisnes online ni.
So, apa salahnya anda cuba.
Dengan hanya bermodalkan RM100 sahaja anda akan dapat pulangan 100% semula!!!
X perlu jual brg, x perlu jumpa org, x perlu berpanas terik di luar!
Hanya duduk di bilik sambil online FB pun income sudah mari
Apa tunggu lagi jom join saya!
Klik link ini http://ik.my/qamar

Friday, June 22, 2012

Tempahan Biskut Raya 2012

Assalamualaikum... Lagi sebulan umat Islam nak berpuasa. Tapi nampaknya mama dah busy dan byk tempahan biskut raya dah diterima. So, kpd sesiapa yg berminat nak jadi dealer atau nak beli biskut raya mama boleh lah klik kat link ni =)


https://www.facebook.com/media/set/?set=a.183954651656901.62036.170929492959417&type=1

Friday, June 15, 2012

Kem PPD Kedua

Baru habis Kem PPD yg kedua dekat Kem BTN Ulu Sepri Rembau semalam. Overall, kem kali ni ok la jugak tpi personally aku lebih suka kem ppd masa year 1 dulu. Kalau time freshie dulu semua x kenal lagi dan bila dbahagikan kpd group2 kecil ukhuwah tu lebih kuat. Semuanya eager nak kenal satu sama lain sbb nak be as a team for the whole semester. But kem yg kedua ni not bad at all. Masih seronok bila duduk dalam group lebih2 lagi macam aktiviti kembara dan sketch. Baru boleh nampak semangat teamwork dan saling menolong antara satu sama lain. Apa yg best ttg kem ppd ni dapat rehat sikit dari kehidupan dekat hospital, aku suka environment so of course aktiviti plg best bila kembara masuk hutan. Selain tu, kami dpt kuatkan hubungan kami dan dpt kenal someone lebih lagi.

Looking forward for the last PPD Camp in 5th year! ^ ^

kumpulan plg sporting 2.0sem!

Monday, June 11, 2012

Meet my Iguana ^ ^


This is my new pet. She is Miss iguana. I know she looks more like an orange lizard but she got yellow spots on her body so I assume her as an iguana. I got her last Monday from a very creative friend of mine who created her. She is so cute. She has thick eyelashes, big eyes and cute smile. Whenever I go, I will carry her at my bag. Do greet her if you find her in the hospitals because she is very friendly and tame =).  

Sunday, June 10, 2012

Mount Kinabalu & Sayonara KK :( (Part Finale)

pemandangan dari skyview pekan kecil di kaki gunung
Hari ketiga di Sabah. Hari utk travel ke tempat lebih jauh dari KK. Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Teanggara (kalau x silap) ni lebih kurang 60km dari KK. Dan boleh gunakan jalan darat. Sepupu aku pernah pesan kalau nak mendaki gunung ni kena keluar pagi2. Kalau bertuah dapat tgk puncak gunung pd awal pagi sbb bila makin tengah hari awan dah mula lindung puncak gunung. Niat di hati nak mendaki hingga sampai ke puncak namun apakan daya terlambat bgn semuanya x jadi. So kitorang just melawat kaki gunung dan meninjau2 kawasan sekitar.

jambatan tamparuli
Sebelum sampai kawasan gunung, kitorang lewati Jambatan Tamparuli. Kalau korang asal org Sabah mesti tahu lagu rakyat jambatan tamparuli kan. Dulu ada juga penyanyi dari Sabah yg menyanyikan lagu jambatan tamparuli cthnya Marsha. Kalau dulu dgr nama dlm lagu je sekarang dah dapat rasa berjalan atas jambatan ni. Sebenarnya jambatan ni fungsinya utk menyambungkan jalan nak masuk ke Tamparuli. Laluan jalan raya mmg agak sempit, hanya muat utk satu lorong saja dan bila air sungai pasang, laluan jalan raya x boleh digunakan. Sebab itu jambatan ni dibina utk memudahkan penduduk kampung keluar masuk kampung mereka.




posing di atas jambatan
adik beradik jambatan tamparuli

Kami teruskan perjalanan dan sampai dekat satu kawasan utk membeli cenderamata. Dekat sini juga ada menara utk melihat puncak dan kawasan sekitar Gunung Kinabalu. Bila dah sampai sini terasa juga angin kedinginan berada di tempat tinggi. Sepanjang perjalanan sebenarnya, sangat curam dan tinggi. Kalau koranmg pernah pergi ke Cameron Highlands dan Genting Highlands pasti dpt bayangkan keadaan jalan raya di sana. Cuma dekat sana lebih tinggi dan panjang jalan rayanya.
view dari tempat melihat puncak gunung

Alhamdulillah setelah lebih kurang 2 jam perjalanan, kami tiba di kaki gunung. Untuk masuk dikenakan bayaran tapi murah je. Dekat kawasan kaki gunung ni dikelilingi dgn hutan dan juga chalet2 utk pendaki2 gunung. Terdapat juga kafe, kedai cenderahati dan muzium. Di dalam muzium, terdapat pelbagai gambar dan specimen yg terdapat di gunung ini. Antaranya hidupan liar spt kancil, tupai terbang dan ular begitu juga bunga terbesar iaitu bunga rafflesia. Ada seorang tour guide menceritakan setiap tahun Gunung Kinabalu akan meninggi disebabkan perubahan sistem alam. Jadi ketinggian gunung ni akan berubah setiap tahun walaupun tidak banyak perubahan. Semasa dalam kawasan gunung ni, udara mmg sangat nyaman dan agak sejuk. Tapi dekat CH dan GH lagi sejuk la.

semasa di Taman Kinabalu
di bukit tupai trail di kaki gunung
Taman Kinabalu
di kundasang
Selepas puas menikmati pemandangan di kaki gunung, kitorang teruskan perjalanan sehingga sampai Kundasang. Kundasang dgn Taman Kinabalu tak jauh sgt lebih kurang 20 minit perjalanan. Di Kundasang sebenarnya dapat lihat dgn lebih jelas puncak Gunung Kinabalu. Awan melepasi dan menutupi puncak gunung tapi kitorang berjaya juga tangkap gambar dibelakangi puncak Gunung Kinabalu. Sepanjang perjalanan di kawasan yg curam ni mmg susah nak jumpa masjid atau surau sehinggalah kitorang sampai dekat Kundasang. Mungkin majoriti mereka yg tinggal di kawasan gunung beragama kristian sbb byk signboard gereja. Lepas tu, kami teruskan perjalanan pulang ke KK semula. Sampai di KK kitorang terus balik hotel utk makan an berehat. Pada waktu malam pula, kitorang keluar makan di Pasar Filipina utk terakhir kalinya meratah makanan laut yg fresh. itulah mlm terakhir di KK sebelum kitorang pulang ke Johor esoknya. Lepas makan, kitorang sempat pergi jalan2 utk kali terakhir di shopping complex sekitar hotel. Untuk supper, kitorang sempat minum2 dekat Secret Recipe just belakang hotel. 

check-out time :(
Hari terakhir di KK... Flight kitorang sepatutnya pukul 1.30pm. So pagi tu sempat makan je sebelum check-out. Walau bagaimanapun, aku dgn sepupu sempat fly ke Pasar Filipina utk terakhir kalinya. Tak tahu la bila lagi lepas ni nak dpt sampai sini. Kitorang dpt beli baju dan cenderahati lain utk kawan masing2. Lepas tu, terus kemas brg2, check out dan bergerak ke Terminal 2 KK. Bila dah siap timbang berat beg tiba2 dekat kaunter tu ada satu tragedi berlaku. Aku, adik dgn sepupu aku tersilap tiket flight balik Johor. Yg lain semuanya betul pukul 1.30pm 4 Jun 2012 tapi kitorang bertiga ni dekat tiket flight tertulis 1.30pm 4 Julai 2012. Masing2 dah panik. Tak kan nak kena stay KK lagi utk sebulan. Kena kerja laut la kitorang nak tunggu sampai 4 Julai. Penjaga kaunter tu cuba buat semakan byk kali dan mmg nama kitorang bertiga tak tertukar pun ke 4 Jun 2012. Mungkin ada kesilapan semasa booking atau check-in hari tu. Bila semua org especially kitorang bertiga dah panik sgt, keseronokan pergi Sabah bertukar jadi ketakutan. Takut gak tak boleh nak tukar tiket kena duduk KK lagi sebulan.

mereka yg bergerak pulang awal
muka excited nak balik Johor tiba2 ada tragedi pulak

Akhirnya, bila dah mmg x boleh nak tukar nama sebab flight hari tu full, dan bila check byk kali result still the same, jalan terakhir ialah beli tiket flight baru. Aku, adik dan sepupu aku terpaksa naik flight ke Senai pukul 5.30pm, manakala yg lain semuanya bergerak pukul 1.30pm. Terpaksalah kami berpisah dan jumpa balik dekat Johor lebih kurang pukul 8pm nanti. Bila yg lain dah fly, kitorang bertiga terpaksa tunggu dekat Terminal 1 sampai pukul 5.30pm baru naik flight. Bila dah berada dlm flight balik rasa sgt lega. Tak payah nak kena duduk KK sampai Julai kalau x mmg kena tumpang rumah Azri la sebulan =P. Alhamdulillah kitorang selamat sampai Senai jam 7.50pm. Lepas tu terus berkejar ke Terminal bas Larkin sbb bas aku balik KL pukul 9pm. Aku selamat sampai HUKM pukul 1.30am dan kena ready utk perg teaching O&G esok paginya. Mmg exhausted but enjoy sgt2!


 Every moments in Sabah is like a white pearl, shines whenever and wherever it takes. 
It will never fade and damage as it is very pure and genuine.  


Wednesday, June 6, 2012

Pulau Manukan (Part 2)

  
view dari bilik hotel tingkat 7


sementara menunggu bot utk ke Manukan Island
Hari kedua di Sabah mmg menyeronokkan. Sbb hari ni aku for the very first time akan cuba snorkeling di Pulau Manukan. Plan utk hari kedua mmg untuk habiskan masa dekat pulau. Kitorang bangun agak awal dan berada di jeti utk ke pulau lebih kurang pukul 10.30am. Dekat jeti mmg banyak kaunter tiket utk ke pulau. Dan ada banyak pakej samada nak pergi satu pulau je, atau pun tiga pulau sekaligus. Kitorang cuma pergi satu pulau je, iaitu Pulau Manukan. Berdasarkan pengalaman abg aku, dia ckp Pulau Manukan mmg cantik. Air jernih, byk hidupan laut mmg sesuai sgt utk snorkeling. Harga tiket bot utk ke Pulau Manukan lebih kurang RM25 seorang. Nak snorkeling pulak kena sewa life jacket dan goggles lebih kurang RM25 lagi.
nampak ikan2 berenang



tiba di Pulau Manukan...an adventerous boat ride!!!
 Perjalanan ke pulau ambil masa lebih kurang 30 minit. Apa yg seronok dan membahayakan semasa atas bot ialah bila ada ombak yg kuat. Bot akan terlompat2 dan kitorang pun terjerit2 terasa mcm terlanggar bonggol tinggi. Nasib baik ada life jacket. Sampai di Manukan, terus tukar baju utk mandi pantai. Siap sewa semua peralatan utk snorkeling, terus menuju ke pantai. Bukan senang sebenarnya nak snorkeling ni tambahan air kat pulau ni sgt3 masin. Tersedak2 bila air masuk dlm mulut. Tapi pengalaman yg sgt seronok bila dapat lihat sekumpulan ikan berenang2 di sekeliling kita. Terasa dah mcm duyung jantan pulak. Mmg excited sgt cuba nak sentuh ikan2 tapi x dapat oleh sbb kesan pembiasan cahaya kot. Pengalaman yg x kan dpt dilupakan. Next time kena snorkeling dekat pulau lain pulak.

selamat datang ke Pulau Manukan

selamat tinggal Pulau Manukan
Oleh sbb cuaca mcm mendung sikit, kitorang pulang lebih awal. Balik ke hotel utk berehat. Waktu ptg pulak masa utk jalan2 dan shopping dekat Pasar Filipina (2nd round) dan shopping complex sekitar hotel. Dekat dgn hotel ni (spt yg dah diceritakan dlm part 1) mcm2 ada. Ada butik pakaian mcm PDI, Padini, Espirit, dan Seed. Restoran makanan segera pun byk mcm McDonald, KFC, dan Pizza Hut. Selain tu, ada gak Secret Recipe dan Starbucks. Semuanya mengelilingi hotel kitorang dekat ground level.

Utk dinner kitorang makan dekat McD lepas penat pusing2. Well McD dekat sini sama je harga dgn dekat semenanjung. Makanan pun sama jugak. Ingatkan ada ke McLobster Burger ke rupa2nya takde dekat sini. Kena pergi Pasar Filipina jugak nak makan lobster. Lepas habis makan dan puas pusing2 kitorang balik hotel dan tidur. Ready utk bangun awal pagi esoknya sbb nak mandaki Mount Kinabalu.

sambung next post utk hari ketiga dan keempat dekat KK. Tunggu post akan dtg sbb ada tragedi yg berlaku sebelum kitorang pulang ke semenanjung. to be continued..... 


jom tgk scenery2 dekat jeti dan Pulau Manukan :)

jeti utk ke pulau (lupa nama jeti ni)
org ramai ready utk naik bot
antara bot yg ada kat jeti


tiba di Pulau Manukan masa ni air pasang

jambatan masuk ke pulau
lebih kurg mcm lobby jugak la

kalau mata korg tajam boleh nampak ikan todak dan ikan2 kecil (xde lens macro)










Flashmob: SNSD Hahaha

Sebelum tidur jom layan flashmob Girls' Generation sempena kempen Samsung Hahaha. Flashmob ni dibuat dekat Incheon International Airport kalau x silap 2 tahun lepas (2010). Enjoy! ^ ^
 




#jangan lupa baca doa tidur...sila basuh kaki jgn sampai termimpi yoona pulak =P

Tuesday, June 5, 2012

Cintaku Tertinggal di Sabah (Part 1)

ready for departure
Assalamualaikum bloggers semua. Thanks kpd yg sempat singgah dan baca post2 yg ada kat blog Sang Bulan ni. Walaupun kurang wow harap korang semua enjoy la jugak story2 aku kat sini. Sekarang aku nak cerita percutian aku di Kota Kinabalu, Sabah. Sebenarnya aku dan adik aku terikut family makcik aku. Dialah yg bertanggungjawab utk tempah tiket tambang murah Air Asia sejak akhir tahun lepas. Alang2 dah tempah tiket, aku join la sekali. Kitorang stay dekat Sabah utk 4 hari, 1 Jun sampai 4 Jun 2012.  

sempat snap sebelum naik flight pastu kena warning
Flight pergi KK ambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Kitorang departed pukul 10.30am sampai KK lebih kurang 12.50pm. Memandangkan ini first time aku naik flight memang excited sgt lagi2 masa nak terbang dan nak landing. Dah di awan biru bantai tidur je. Nak usha pramugari pun x sempat... Lepas mendarat, sewa teksi terus ke hotel penginapan kami, Imperial Boutec Hotel. Mula2 cemas jugak x jumpa hotel ni. Rupa2nya hotel ni ada dlm bangunan Warisan Square dekat level 7 je. Walaupun satu level je tpi bilik sgt cantik. Tambahan dpt bilik seaview mmg nice dgn kapal2 dan kapal terbang passing by. 

lobby view Imperial Boutec Hotel
Siap check-in, kitorang turun pergi cari makan. Hotel ni mmg strategik sgt sebab berada dekat dlm shopping center dan depan hotel pun shopping complex. Memang dikelilingi oleh tempat2 panghabis duit. Oleh sebab kurang yakin dgn makanan2 kat KK ni, kitorang hentam fast food je. Tapi pizza hut dekat KK mcm lebih sedap dari dekat semenanjung. Mungkin sbb lebih seafood kot. 

tgh tunggu pizza sampai lapar giler!!!
Lepas makan, ready utk explore sekitar tempat penginapan ni lagi. Mmg sgt2 strategik sbb jalan kaki kurang 10 minit dah sampai Pasar Filipina, tempat yg famous utk beli cenderahati, ikan kering, pasar dan tempat makan seafood umpama lobster, udang, sotong dan mcm2 lagi. Masa dekat sini mmg rambang mata. Banyak kedai dan semuanya cuba nak tarik pelanggan dgn harga yg murah2. Dekat sini bagi perempuan syurga utk borong gelang, cincin, brouch dan rantai bertatahkan mutiara Sabah. Bagi lelaki pulak boleh beli butang baju melayu bertatahkan mutiara Sabah yg asli jugak. Rupa2nya mutiara ni ada 2 jenis, mutiara air tawar dan mutiara air masin. Yg lebih tahan kualitinya dan lagi mahal mutiara air masin. Alang2 dah sampai Sabah kena la bawak balik mutiara byk2 kan. Boleh buka bisnes jual mutiara. 

scenery di tanjung aru yg very cloudy
Lepas habiskan duit utk hari pertama kat Pasar Filipina ni, kitorang sewa teksi lagi menuju Tanjung Aru. Konon2 nak tgk sunset dekat sana malangnya cuaca mendung dan awan kelabu meliputi matahari. X nampak sunset ptg tu. Tapi dpt pergi utk 2nd time ke Tanjung Aru ni masa hari ketiga. 

Aktiviti malam pulak ialah makan dekat Pasar Filipina. Of course semua juadah seafood. Apa yg menarik makan seafood dekat sini ialah semuanya mmg fresh dibakar after order. Banyak choice mcm ikan2, udang2 besar, lobster, ketam dan sotong. Semuanya mmg besar2 harga pun boleh tahan besar jugak. Habis makan pulang ke hotel utk berehat lepas penat round KK utk hari pertama. 

makan malam kami
 Itulah yg apa aku lalui pd hari pertama di KK. Banyak lagi gambar2 dan aktiviti2 menarik aku nak story kat sini. Tunggu sambungan part 2 pulak k....


to be continued.....



#waktu sembahyang dekat Sabah lebih cepat 1 jam daripada di semenanjung. Contohnya waktu Zuhur dekat Sabah dalam pukul 12.10pm berbanding dekat KL dalam pukul 1.30pm. Pukul 6pm Sabah dah mcm pukul 8pm dekat KL. Patutlah org2 Sabah berbuka lebih awal dari org2 semenanjung ye