Tuesday, July 17, 2012

EP 01 - Fatimah Zarra

assalamualaikum warahmatullah.....alhamdulillah aku masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk menunaikan solat isyak hari ini. sejurus tangan kananku mengusap mukaku yang mulai kering dengan wudhuk tadi, lamunanku terhenti. dengan serta-merta dia muncul kembali dalam ingatanku. ayu berbaju kurung pahang berwarna perak serta selendang labuh yg bercorak bunga. berdiri betul-betul di hadapan pandanganku. lirikan mata dan senyuman manis bak gula yang terukir di wajahnya membuatkan aku tersedar.

astaghfirullah.....apalah yang aku ingatkan ni. benda dah lama, biarlah ia hilang dibawa angin kenangan lalu. kenapa tiba-tiba saja kau muncul kembali dalam ingatanku? sudah lama kau pergi. pergi ke tempat yang sangat jauh, lesap dari pandangan mataku ini...

"Assalamualaikum Danial Umar. danial tengah buat apa tu?" handphone berbunyi. ada mesej masuk.

"Waalaikumussalam Fatimah Zarra. takde apa baca buku yang atim bagi saya hari tu. dah separuh saya baca. memang sangat menarik buku ni! ada apa-apa ke atim call saya ni?"

"oh baguslah kalau dah nak habis. nanti boleh pinjam kat saya vol. 2 buku tu. sambungan cerita tu lagi best". oh ya saya nak jumpa awak esok boleh tak? ada hal yang saya perlu beritahu danial".

tiba-tiba aku menjadi cemas. "nak jumpa ye. ok saya free lepas lecture prof amin. kita jumpa dekat kafe lebih kurang pukul 12 boleh?"

"ok la saya punya teaching pun habis pukul 12. ok assalam..."

"waalaikumussalam..."

"hmm apalah agaknya yg penting sangat tu sampai atim nak jumpa aku esok? biasanya dia bercakap dlm telefon je tak pun mesej je. tiba2 nak jumpa esok. harap2 tiada yg buruk berlaku....." bisik hati danial.




ingin mengetahui apa yg ingin diberitahu oleh Fatimah Zarra kepada Danial Umar?
tunggu episod 2 nanti~~~

1 comment:

  1. apa yg berlaku? teruskan qamarul..saya menyokong anda :D

    ReplyDelete