Saturday, July 21, 2012

EP 02 - Fatimah Zarra

Tengah hari itu setelah tamat common lecture dari Prof Sharifa, Danial terus ke kafe utk berjumpa dgn Atim seperti yg telah dijanjikan. Dengan perasaan ingin tahu yg kuat, Danial terus melangkah sambil fikirannya melayang memikirkan apa yg hendak diberitahu oleh Atim kepadanya.
"Hmmm.....Entah apalah yg Atim nak cakap kat aku ni....Macam ada hal penting je..." bisik hati Danial.

"Assalamualaikum Danial."

"Walaikumussalam. Atim dekat mana ni? Danial dah ada dekat kafe, depan gerai Mak Cik Kiah ni."

"Atim dekat sebelah gerai tu. Atim nampak Danial ni. Pusing belakang."

Danial cuba sembunyikan perasaan ingin tahunya yg kuat itu dan menoleh ke belakang dgn muka yg ceria. Senyuman manis terukir apabila Danial ternampak Atim. Inilah dia yg bakal menyerikan hidupnya dan akan membahagikan hari2 tuanya. Sudah lama Danial menyimpan perasaan terhadap Atim, sejak semasa mereka di asasi lagi. Pada mulanya kedua-duanya malu2 kusing nak bersapa. Semuanya bermula apabila mereka diberikan tugasan luar oleh pensyarah dan siletakkan dlm kumpulan yg sama. Masa itulah perasaan suka Danial kepada Atim semakin kukuh. Tetapi mereka begitu profesional dlm kerja dan tidak mahu hal2 peribadi dicampur aduk. Danial terus memendam rasa sendirian.

"Maaf Atim, Danial lewat sikit."

"Takpe... Duduklah dulu."

Danial duduk sambil bertanya kepada Atim. "Ada apa Atim nak jumpa Danial hari ni? Macam ada benda penting je Atim nak beritahu."

Atim memendang mata Danial dgn lirikan mata yg tenang. "Sebenarnya Atim dpt tawaran daripada fakulti utk buat research. Semuanya ditanggung oleh JPA. Atim pun baru dpt tahu pagi semalam bila Kak Intan call Atim. Dia ckp Atim punya keputusan final tahun lepas layak utk Atim buat research ni. Dan Atim terpaksa hold tahun 3 ni sbb resrach tu akan ambil masa setahun."

Danial terkedu. Dia sudah menjangka Atim akan berjaya dgn permohonan utk buat research tersebut. Atim mmg antara pelajar cemerlang dlm batch mereka. Atim mmg layak utk terima tawaran ni. 

"Oh baguslah Atim. Berapa org yg dpt? Danial ada dgr jugak Amir pun dapat jugak kan? Dia dpt tawaran buat reserach dekat UK. Atim camne?" Danial sgt teruja dan risau utk mengetahui ke mana Atim akan pergi. Biasanya, mereka yg cemerlang akan dihantar ke luar negara. Dia semakin gusar.

"Atim dpt tawaran ke UK jugak. Sama tempat dgn Amir. Atim dgn Amir je yg dpt pergi UK. Yg lain semuanya dekat Ireland dgn Russia. Ada jugak yg dekat dlm Malaysia je."

Terkedu Danial seketika. Dlm ramai2 kenapa Atim perlu sama universiti dgn Amir? Semua org tahu Atim dgn Amir sudah lama rapat apatah lagi mereka sering score dlm setiap test dan exam. Mereka mmg dipasangkan oleh kwn2 mereka kerana kebijaksanaan mereka. Hanya Danial yg tahu sejauh mana hubungan Atim dgn Amir. Danial juga tahu yg Amir pun menyimpan perasaan kpd Atim. Dia pernah terdengar Amir berkata kpd sahabatnya yg dia sudah lama memerhatikan Atim dan suka kpd gaya dan watak Atim yg pemalu dan lemah lembut. 

"Danial ok tak? Kenapa senyap je ni......" Atim perasaan perubahan muka Danial. "So, Danial rasa camne? Patut ke Atim terima tawaran ni? Danial mmg tahu kan Atim mmg impikan nak buat research ni lagi2 dpt tawaran pergi UK. Tapi byk benda pulak Atim kena tinggalkan utk medical school. Terpaksa hold tahun 3 lepas tu lambat la Atim grad nanti..." Atim cuba utk meminta pendapat Danial pula.

Danial tidak tahu hendak berkata apa kpd Atim. Dia cuba utk bersuara tetapi seperti dihalang oleh sesuatu. Terasa spt bibirnya melekat dan tidak boleh bersuara. Danial sedar betapa Atim menghendaki program research ni. Dah byk kali Atim bercerita kpd dia ttg program ini dan minatnya yg mendalam. 

Danial cuba utk bersuara. "Danial rasa................................"




Ingin mengetahui apa yg akan dikatakan oleh Danial kpd Atim? Adakah Danial akan merelakan kepergian Atim atau menegahnya daripada pergi ke UK?
Jgn lupa baca episod 3 insyaallah minggu depan (maaf kalau lambat post sbb sdg busy dgn presentation next 2 weeks) =)     

No comments:

Post a Comment