Disaat kita ingin melepaskan seseorang
Ingatlah disaat kita ingin mendapatkannya dulu...
Disaat kita tidak merindukannya
Ingatlah saat pertama kali kita melafazkan cinta kepadanya...
Disaat kita mulai bosan dengannya
Ingatlah saat-saat indah kita bersamanya...
Renungkanlah....
Sunday, June 30, 2013
Pengantin Baru
Assalamualaikum.
Macamana weekend korang? Harap korang dapat manfaatkan hujung minggu korang dgn sebaiknya. Contohnya macam aku, update blog. Hah kan berguna sikit hujung minggu ni keh3.
Kali ni aku nak mengimbau kenangan lama (padahal xde la lama sgt pun). Untuk pengetahuan korang, ni adalah first batch sepupu aku yg kawin belah mak aku. Almaklum la cucu sulung. Kena bagi contoh kat cucu2 lain kan. Bagi up sikit spirit nak kahwin tu haha.
| ok gambar dimulakan dgn si dara jelita manis bak kek red velvet nihh..#meowww |
Pada hari Sabtu bertarikh 8 Jun 2013, sebuah majlis perkahwinan telah berlangsung di Dewan Jubli Intan Batu Pahat. Majlis berlangsung dengan sungguh gilang gemilang mengalahkan Anugerah Blokbuster Astro. Ramai orang yang telah menghadiri majlis tersebut seperti Dato Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah, Johan dan Zizan serta ramai lagi. Pada hari tersebut, Izara Aishah telah memenangi kesemua trofi yg dipertandingkan. Ehh kan dah silap event. Haihh! Apa2 pun korang layan je la gambar2 yg sempat ditangkap.
| hamboi3 sempat lagi ehh makeup2 sementara tggu pengantin mai |
| hah yg ni bukan semua ada tau cuba tgk betul2 ada yg berkenan di hati x? keh3 |
| ni 3 dara pingitan plg comel haritu sbg flower girl |
| kek kahwin yg ditempah khas...kek mmg simple tapi serius sedap weh!!! |
| tu dia pengantin dah mai da |
| siap diiringi oleh 3 flower girls yg comel2 belaka |
| sesi memotong kek |
| sesi menyuap kek |
p/s: kesimpulannya, x payah sibuk tanya bila aku nak kahwin sbb aku ada banyak komitmen lain lagi yg perlu dikejar chewah jawapan poyo!
Saturday, June 29, 2013
Coretan Atas Katil #2
Jam menunjukkan pukul 9 pagi
Dan aku masih bergolek2
Atas katil single-ku yg kurang empuk
Betapa malasnya nak bangun
Padahal byk tugas dan kerja yg sdg menanti
Ok aku mulai stress
Arghhhhh!!!!
Menunggu panggilan pagi
Daripada si dia yg kudamba
Betapa rindunya hati ini
Hanya Dia yg tahu
Sudah dekat 2 minggu tidak bersua
Hanya berbalas mesej saja
Mendengar suara paginya
Yg masih serak2 basah
Sungguh manja
Sungguh mempersona
Membuatkan hati semakin rindu
Rindu tak tertahan
Pilu hati ini
Tiada siapa yg tahu
Sesungguhnya sedarlah
Betapa aku sgt sayang kpd kamu
Betapa aku terlalu merinduimu
Betapa kau sgt penting buatku
Betapa aku sgt memerlukanmu
Betapa kau satu2nya dlm hatiku
Jangan pernah putus harapan denganku
Kerna setiap apa yg terjadi
Rasa sayang padamu
Semakin kuat dan utuh
Tidak pernah lemah dan pudar
Rasa cinta
Hanya kepada kau seorang
Sedarlah....
Dan aku masih bergolek2
Atas katil single-ku yg kurang empuk
Betapa malasnya nak bangun
Padahal byk tugas dan kerja yg sdg menanti
Ok aku mulai stress
Arghhhhh!!!!
Menunggu panggilan pagi
Daripada si dia yg kudamba
Betapa rindunya hati ini
Hanya Dia yg tahu
Sudah dekat 2 minggu tidak bersua
Hanya berbalas mesej saja
Mendengar suara paginya
Yg masih serak2 basah
Sungguh manja
Sungguh mempersona
Membuatkan hati semakin rindu
Rindu tak tertahan
Pilu hati ini
Tiada siapa yg tahu
Sesungguhnya sedarlah
Betapa aku sgt sayang kpd kamu
Betapa aku terlalu merinduimu
Betapa kau sgt penting buatku
Betapa aku sgt memerlukanmu
Betapa kau satu2nya dlm hatiku
Jangan pernah putus harapan denganku
Kerna setiap apa yg terjadi
Rasa sayang padamu
Semakin kuat dan utuh
Tidak pernah lemah dan pudar
Rasa cinta
Hanya kepada kau seorang
Sedarlah....
Friday, June 28, 2013
Header baru la pulak
Dengan ini mempersembahkan
Jeng Jeng Jeng ~~~
Header terbaru blog aku
(sila rujuk di atas)
Wakakakaka
Woot Woot ~~~
Cantik x adik2 header blog baru abg?
Terserlah kehenseman dan kemachoan abg kan?
Kah3
Sebenarnya aku telah dicabar hebat oleh salah sorang blogger hebat dan popular (pernah masuk Remaja uols). Ada ke patut dia komen blog aku bosan. Bosan sangat ke adik2?
Jadi atas semangat kental lagi berkobar-kobar, lautan api sanggup kuredah. Gunung Everest sanggup kudaki. Eahhh kan dah merepek... Kepada blogger tersebut, lihatlah hasil yg x seberapa ni. Ni baru first attempt so in future pasti akan keluar header yg lebih boom kebabababoom!
Just wait and see ~~~
Thursday, June 27, 2013
Sehari di Ti-Ratana
Assalamualaikum.
Kali ni nak cerita sikit tentang projek aku dan posting mate aku ke Rumah Kebajikan Ti-Ratana. Ok sedikit pasal Ti-Ratana ni. Rumah ni adalah rumah kebajikan utk org2 tua dan kanak2 yg tiada tempat tinggal, yg bed-ridden dan yg mempunyai penyakit. Kenapa kitorang pilih rumah ni? Hah alkisah sebenarnya rumah ni dicadangkan sendiri oleh supervisor kitorang yg dah mula resah dan gelisah sebab projek asal kitorang mcm over sgt. Dia x yakin kat kitorang la tu. Penat je kitorang perah otak dan cuba convince dia terima idea kitorang last2 kena reject pulak. Haihhh!
Ok cukup di situ. Jom teruskan dgn pengalaman lawatan aku ke sana. Kitorang sampai kat rumah tu lebih kurang jam 9 pagi. Ok rumah tu terbahagi kpd rumah org tua lelaki dan wanita, rumah org tua yg sakit dan rumah kanak2. Kitorang lebih fokus dekat rumah org tua lelaki dan wanita. Break kpd 2 kumpulan, aku ketuai kumpulan pertama ke rumah org tua lelaki.
Dekat sana, kitorang bermula dgn sesi ice-breaking. Biasalah org kata tak kenal maka tak cinta. Cumanya satu major problem yg timbul ialah bilamana semua penghuni rumah tu beragama Buddha. Jadi kena cakap Mandarin la. Aku cuma tahu cakap Chaiyok2, Toi3, Ik, Ek, San, Sek, Uu dan seangkatannya. Terpinga-pinga aku dengar diorang berbual dgn kawan2 Chinese aku. Muka dah mcm Cina tapi tak boleh speaking aisehman...
![]() |
| hah tgk kawan chinese aku tuh aku pulak yg blurr sgt x paham sepatah haram |
Takpe, lepas tu teruskan dengan sesi senamrobik. Hah yg ni aku yg lead. Oleh sebab sekarang tangah gila kpop, aku memilih lagu Gangnam Style dan Gentleman utk menjadi muzik latar. Kah3 takde makna habis patah pinggang dan tulang2 uncle2 kat situ. Tak gentleman langsung dah. Senaman ringkas Jakobson sangat membantu. Mudah diikut dan sangat praktikal. Dekat mana2 pun boleh buat even tgh duduk mengira tax. Keh3...
![]() |
| aktiviti senamrobik mari ikut instruktor paling berpengalaman ni |
Lepastu, kitorang gabung lelaki dan wanita utk aktiviti kotak beracun dan aktiviti santai. Untuk kotak beracun, mcm2 soalan2 pelik ada dlm kotak tu. Last2 yg banyak kena antara kitorang jugak sbb uncle2 dan auntie2 tak faham soalan. Aktiviti santai ialah karaoke. Yes finally! Tapi masalahnya semua lagu cina je. Aku ikut tepuk tangan je la tanpa faham sepatah haram lirik lagu2 tu aishhh...
| auntie ni sporting sgt3 semua lagu dia nyanyi kuat2 dan joget2 bagai #loveumore la auntie #muuaahhh |
Lepas tu, kitorang buka clinical booth utk diorang. Dah berumur kan, kesihatan la yg paling utama. Bukak Running Man lagi eahh. Sambil diorang bergilir utk tunggu giliran, kitorang edarkan dua kad gergasi utk mereka tandatangan sbg kenangan. Dan aktiviti hari tu diakhiri dengan sesi memotong kek yg ditaja khas dari kitorang semua.
| sesi clinical booth yg mmg aktiviti rutin medical student kalau wat program kebajikan |
| upacara memotong kek sebenarnya ada 4 biji kek yg marvellous delicious bombastik #ntahpapejela |
Pergi ke rumah2 kebajikan ni memang seronok. Kalau kita sebagai komuniti yg takde kesedaran pasal benda2 macam ni siapa lagi kan? Sebenarnya tak perlu tunggu nak organize program baru sibuk nak pergi. Sebagai rakyat Malaysia yg bertanggungjawab marilah kita sama2 berbakti kpd agama, bangsa dan negara. Hoyeahhh!
![]() |
| bersama pengurus rumah kebajikan ti-ratana |
| group photo we are red today! |
| memberikan makanan kpd penghuni rumah sakit |
| menuju ke rumah utk kanak2 |
![]() |
| masa utk pulang sayang korang #muuaaahhh |
***mula menyedari kepentingan bahasa ketiga iaitu Mandarin atau Tamil. Kena belajar ni.. Yes azam setengah tahun baru!
Subscribe to:
Posts (Atom)



