Monday, May 6, 2013

Sedarlah diri tu sikit....

Setelah berkempen bendera, poster, lagu dan ceramah selama lebih seminggu akhirnya pilihan raya umum ke-13 melabuhkan tirai semalam. Alhamdulillah dari mata kasar semuanya berjalan lancar. Proses pengundian yg lebih ketat yg diperkenalkan spr tahun ni mungkin membuahkan hasil. Tapi masih juga timbul isu2 mcm dakwat kekal tak berapa nak kekal, pengundi2 banglasia dan khabar angin perarakan 505. Setakat ni alhamdulillah Malaysia tanah airku masih aman.

Tahniah diucapkan kpd parti yg menang. Kerana telah diberikan mandat sekali lagi utk memerintah Malaysia tanah airku. Walaupun mmg saingan sgt3 sengit dan parti yg kalah mmg ada harapan besar utk menang, ternyata rakyat masih memilih 'the blues'. Ini kalilah yg digembar-gemburkan menjadi lain kalilah.

Ok dari sudut pemerhatian aku sendiri yg bajet mcm penganalisis politik, pengundi skrg semakin bijak. Rakyat semakin berani dan semangat utk memilih pemimpin yg betul2 layak utk memerintah. Suara rakyat yg dizahirkan atas kertas undi menjadi bukti. Malaysia tanah airku terdiri dari pelbagai kaum. Apa yg menyedihkan dan membimbangkan ialah seakan hilang salah satu kaum majoriti semasa hari pengundian. Sebaliknya kaum majoriti yg lain pulak yg berpusu-pusu keluar mengundi mcm Sogo ada buat sales. Agaknya betul kot masa pru13 Sogo pun buat clearance stock. Kalau kaum B dah bijak bertindak mahukan maruah mereka dipelihara apa yg kaum A tunggu lagi? Kaum A sepatutnya lebih bersemangat sbb negara ini asalnya dari siapa? Jalankan tanggungjawab anda pilih pemimpin A yg dimahukan utk membawa mereka ke arah kejayaan.

Bagi aku ini bukanlah isu perkauman sebaliknya lebih ditujukan kpd kaum A yg mula lupa diri. Cukup2 la dgn sikap dengki antara satu sama lain suka nal cari salah org lain. Takkan kemana sikap2 mazmumah mcm tu. Sebaliknya kita perlu bersatu padu sama2 membela nasib kita. Kalau kita tak bertindak sekarang bila lagi? Apa akan jadi kpd anak cucu kita kelak? Ok nak emo dah ni.

Harapan kpd PM baru yg tak berapa nak baru ni pimpinlah kami dgn sebaiknya. Ini adalah amanat dari Allah. Kalau silap pimpin besar padahnya. Kpd yg menang tahniah gunakan kuasa yg ada ke arah yg betul. Kpd yg kalah jgn bersedih kerana masih ada masa lagi. Ingatlah kebenaran itu pahit tapi lambat laun kebenaran pasti akan tiba....

***tiada niat utk timbulkan isu perkauman...siapa makan cili terasa pedasnya last but not least saya mmg obses kpd BULAN...assalam

No comments:

Post a Comment