Monday, May 6, 2013

Sedarlah diri tu sikit....

Setelah berkempen bendera, poster, lagu dan ceramah selama lebih seminggu akhirnya pilihan raya umum ke-13 melabuhkan tirai semalam. Alhamdulillah dari mata kasar semuanya berjalan lancar. Proses pengundian yg lebih ketat yg diperkenalkan spr tahun ni mungkin membuahkan hasil. Tapi masih juga timbul isu2 mcm dakwat kekal tak berapa nak kekal, pengundi2 banglasia dan khabar angin perarakan 505. Setakat ni alhamdulillah Malaysia tanah airku masih aman.

Tahniah diucapkan kpd parti yg menang. Kerana telah diberikan mandat sekali lagi utk memerintah Malaysia tanah airku. Walaupun mmg saingan sgt3 sengit dan parti yg kalah mmg ada harapan besar utk menang, ternyata rakyat masih memilih 'the blues'. Ini kalilah yg digembar-gemburkan menjadi lain kalilah.

Ok dari sudut pemerhatian aku sendiri yg bajet mcm penganalisis politik, pengundi skrg semakin bijak. Rakyat semakin berani dan semangat utk memilih pemimpin yg betul2 layak utk memerintah. Suara rakyat yg dizahirkan atas kertas undi menjadi bukti. Malaysia tanah airku terdiri dari pelbagai kaum. Apa yg menyedihkan dan membimbangkan ialah seakan hilang salah satu kaum majoriti semasa hari pengundian. Sebaliknya kaum majoriti yg lain pulak yg berpusu-pusu keluar mengundi mcm Sogo ada buat sales. Agaknya betul kot masa pru13 Sogo pun buat clearance stock. Kalau kaum B dah bijak bertindak mahukan maruah mereka dipelihara apa yg kaum A tunggu lagi? Kaum A sepatutnya lebih bersemangat sbb negara ini asalnya dari siapa? Jalankan tanggungjawab anda pilih pemimpin A yg dimahukan utk membawa mereka ke arah kejayaan.

Bagi aku ini bukanlah isu perkauman sebaliknya lebih ditujukan kpd kaum A yg mula lupa diri. Cukup2 la dgn sikap dengki antara satu sama lain suka nal cari salah org lain. Takkan kemana sikap2 mazmumah mcm tu. Sebaliknya kita perlu bersatu padu sama2 membela nasib kita. Kalau kita tak bertindak sekarang bila lagi? Apa akan jadi kpd anak cucu kita kelak? Ok nak emo dah ni.

Harapan kpd PM baru yg tak berapa nak baru ni pimpinlah kami dgn sebaiknya. Ini adalah amanat dari Allah. Kalau silap pimpin besar padahnya. Kpd yg menang tahniah gunakan kuasa yg ada ke arah yg betul. Kpd yg kalah jgn bersedih kerana masih ada masa lagi. Ingatlah kebenaran itu pahit tapi lambat laun kebenaran pasti akan tiba....

***tiada niat utk timbulkan isu perkauman...siapa makan cili terasa pedasnya last but not least saya mmg obses kpd BULAN...assalam

Monday, April 29, 2013

Jom wechat!

Sejak nak dekat PRU ni (sumpah xde kaitan) mcm2 apps yg kuar. Semuanya nak bagi chatting free call free video call free. Haih macam2. Dari whatsapp yg famous giler dulu sampai la yg terbaru wechat yg ada si cantik manis lisa surihani dan hero malaya sam. Tapi bagus jugak at least xyah payah2 lagi nak gi 7e tgh2 malam sbb kredit habis. Tukar plan amek postpaid siap internet mudah. Cuma parah nak bayar bulan2 la hoho.

Mungkin kita x sedar yg telefon dah menjadi kawan karib kita sekarang. Iya lah 24 jam phone mesti kat sebelah dalam kocek dalam handbag xpun bawah bantal. Kalau xde handset xleh hidup dah rasa dunia tiada makna hoho. Bila keluar makan dgn family ke kawan ke still jugak nak ngadap phone awak tu. Padahal depan mata ada manusia yg berkeupayaan utk berkata kata. Itulah dunia sekarang lagi2 remaja yg sdg hangat bercinta chewah (cakap org dia yg lebih #malu). Dunia dgn gadget yg canggih2 ni ada pro dan kontra. Mungkin ia memudahkan kerja kita tapi ia boleh mengurangkan skil berdebat kita. Xbest la nak gosip2 melalui phone siap emoticon bagai. Depan2 senyap jek haha. Ngumpat tu dik oi.

So jom muhasabah diri kita camne ya kawan2. Jom kita bersosial tapi jgn lebih2 sudah berpada pada ye. Jom wechat! Hamboi!

*peminat tegar instagram..sila follow insta saya ya!

Thursday, April 25, 2013

Nasihat PRU

Sekarang Malaysia tgh sibuk berperang. Lepas serangan org2 Sulu dekat Lahad Datu tu sekarang ada gelombang baru. Perang bendera. Ya dekat kampung aku ni setiap sudut penuh dgn bendera. Bukan bendera Malaysia dgn Johor je bendera hijau berbulan penuh, bendera biru dacing putih pun banyak. Ya la pilihan raya dah dekat. Tinggal kurang sebulan lagi.

Bila berbicara soal PRU ni aku lebih suka mendiamkan diri. Bukan apa aku malas nak telagah hanya sebab bendera dan parti. Bagi aku yg mana boleh memerintah dgn bagus dapat penuhi hasrat rakyat dia berhak menang. Aku pelik juga hanya kerana berlainan pendapat politik ada yg sanggup bergaduh. Kawan boleh putus, keluarga bermasam muka. Aku x rasa itu cara yg betul kalau pun korang fanatik. Hubungan silaturrahim itu jauh lebih berharga la daripada benda2 macam ni. Nak politik boleh tapi berpada2 la.

Ingatlah Malaysia xkan membangun kalau kita sbg rakyat x jalankan tugas kita iaitu bekerja. Pemimpin hanya memimpin negara. Yg mengerah keringat ni rakyat dik oi. Kalau la dah bergaduh bermasam muka macamana nak bekerjasama deal pasal kerja? Susah pulak nanti income negara nak masuk kan. Jadi jagalah silaturrahim anda baik biru ke hijau ke roket ke atau warna2 lain. Kita rakyat Malaysia abang2 akak2. Budaya Timur masih kuat jgn ikutkan sgt cara2 org negara lain ya. Peliharalah negara kita sama2. Semoga PRU kali ni menjadi medan mengukuhkan persaudaraan kita. Peace no war bebeh!

***alamak lupa mendaftar walaupun umir da layak....ampun pak!!!

Monday, April 22, 2013

Ber-blog dari Note Anda

Ok sebenarnya aku baru tersedar apps Blogger ni da ada dekat Play Store. Selama ni memang tidak ketahuan ttg kewujudannya. Noob gak aku ni ya dush! Memandangkan kat rumah ni aku kena hibernate laptop (sebab xde cerita korea terbaru) so most of the time aku akan online guna phone. Itulah hebatnya galaxy note. Kawan2 sila beli produk samsung ok (kuat sgt pengaruh korea nih) dush lagi!

Apps ni memang not so bad. Antara kelebihan boleh update blog dimana-mana even sedang lepaskan hajat. Mesra pengguna boleh amek gambar dan upload gambar serta blog boleh diubah ke mobile atau web version. Interesting kan? Cumanya maksimum upload gambar 3 keping je. Itu je yg kurang best.

Apa2 pun dgn adanya apps ni mudah bagi aku nak update blog aku. Aku kesedaran aku x ramai follower huarghhh... Tapi xpe la sape2 yg sudi singgah baca blog aku dialu-alukan. Dan silalah klik follow this blog muahahaha! Okla time utk manjakan diri. Busuk! Assalam

***mohon share koleksi cerita korea terbaru korang.....i am soooo damn boring duduk rumah lama2 ni erkkk

Sunday, April 21, 2013

I am so into Red Velvet

First time aku cuba kek Red Velvet ni dekat Delicious One Utama. Masa tu kawan yg nak cari kek ni. So aku pun tumpang merasa sikit bila dia dah beli. Sorry to say RV kat situ kurang sedap huhu. Tapi aku tertarik dgn kek RV ni dan terus jadi favorite cake aku. So aku nak recommand jugak kat korang kat mana boleh dpt kek RV yg sedap.
Satunya dekat dgn taman aku. Dia ni cikgu sekolah tapi hebat buat kek. Mcm2 kek dia boleh buat. Kek tunang, kek hari jadi, kek cerai semua boleh ehhh... Aku tempah kek RV utk birthday ayah aku. Yes sgt puas dpt makan RV sebesar 9 inci. Dan yg paling penting sedappp!!! Ok korang boleh search Nisachoc Homemade kat Facebook. Rasanya blog pun dia ada :)

Yang keduanya dekat batu pahat. Ada satu cafe baru yg sangat comel dan best. Semua kek2 kat situ sgt sedap. Cuppacake namanya kat Facebook pun ada. Sgt2 recommanded. Aku merasa RV kwn2 aku merasa Pavlova dan Melty Hershey. Ada mcm2 kek lagi. Khabarnya pemilik chef di situ ada kelulusan dlm bab2 pastri ni. Patutla mantappp!!

***masih menunggu Secret Recipe buat kek RV sbb hanya kek2 SR plg sedap di dunia ini hohoho