Sekarang Malaysia tgh sibuk berperang. Lepas serangan org2 Sulu dekat Lahad Datu tu sekarang ada gelombang baru. Perang bendera. Ya dekat kampung aku ni setiap sudut penuh dgn bendera. Bukan bendera Malaysia dgn Johor je bendera hijau berbulan penuh, bendera biru dacing putih pun banyak. Ya la pilihan raya dah dekat. Tinggal kurang sebulan lagi.
Bila berbicara soal PRU ni aku lebih suka mendiamkan diri. Bukan apa aku malas nak telagah hanya sebab bendera dan parti. Bagi aku yg mana boleh memerintah dgn bagus dapat penuhi hasrat rakyat dia berhak menang. Aku pelik juga hanya kerana berlainan pendapat politik ada yg sanggup bergaduh. Kawan boleh putus, keluarga bermasam muka. Aku x rasa itu cara yg betul kalau pun korang fanatik. Hubungan silaturrahim itu jauh lebih berharga la daripada benda2 macam ni. Nak politik boleh tapi berpada2 la.
Ingatlah Malaysia xkan membangun kalau kita sbg rakyat x jalankan tugas kita iaitu bekerja. Pemimpin hanya memimpin negara. Yg mengerah keringat ni rakyat dik oi. Kalau la dah bergaduh bermasam muka macamana nak bekerjasama deal pasal kerja? Susah pulak nanti income negara nak masuk kan. Jadi jagalah silaturrahim anda baik biru ke hijau ke roket ke atau warna2 lain. Kita rakyat Malaysia abang2 akak2. Budaya Timur masih kuat jgn ikutkan sgt cara2 org negara lain ya. Peliharalah negara kita sama2. Semoga PRU kali ni menjadi medan mengukuhkan persaudaraan kita. Peace no war bebeh!
***alamak lupa mendaftar walaupun umir da layak....ampun pak!!!
No comments:
Post a Comment