Wednesday, December 19, 2012

EP 05 - Fatimah Zarra

Burrrpp.... Alhamdulillah.. Sambil Danial mengelap tangannya dgn tisu dia menyeluk sakunya utk melihat telefonnya. Oh ada 3 missed calls dari Atim la. Nak apa pulak ye ada apa2 yg x kena ke ni? Tanya Danial kpd dirinya. Dia memeriksa sekelilingnya takut2 Atim masih berada di kafe. Setelah itu, dia menghantar msg kpd Atim. 

Assalam Atim.. Ada apa ye Atim call Danial? Ada apa2 yg x kena ke? Sambil berjalan menuju ke kelas Prof Yuli. 

Waalaikumsalam.. Atim nampak Danial dekat kafe tadi. Ada sesuatu yg Atim perlu beritahu. Boleh kita jumpa lepas kelas nanti x? Jumpa di library ok.. Balas Atim.

Ok... Danial seperti dapat mengagak apa yg ingin Atim cakap kepadanya. Pasti pasal nak pergi UK ni. Dia cuba utk tidak memikirkan tentang perkara itu. Fokus Danial, fokus... Apa yg nak terjadi biarlah.. Bisik hatinya.

Ok students we stop here. And don't forget to read up more about abdominal diseases which are common in Asia. I will ask u next week. Thank you. 

Danial terus mengemas barang2nya dan menuju ke library. Atim, Danial on the way ke library. 

Atim menunggu dgn penuh kesabaran di sudut surat khabar. Dia juga buntu macamana nak sampaikan berita keberangkatannya ke UK minggu depan. Apa yg dia lebih risau adalah Danial x dapat menerima pemergiannya. Dia juga takut apa yg akan berlaku dgn hubungan mereka. Mereka terpaksa berpisah selama setahun lebih tambahan mereka sangat jauh. Hubungan jarak jauh biasanya x kekal. Macam2 yg berlegar dalam akal fikirannya. 

Assalamualaikum Atim. Lama tunggu?

Walaikumussalam.. Danial, duduklah. Xde la lama baru jugak ni. Semalam nak jumpa Danial kat kafe tapi x dapat sbb ramai org. Cuba call Danial x angkat pulak..

Oh ya. Sorry2 Atim x perasan la. Bising sgt kan dekat kafe tu lagi2 lunch hour. So, anything Atim nak ckp dekat Danial? Pasal UK kan?

Err.... Ya Danial pasal tu.. Dan Atim akan fly next week, hari Selasa... Atim berat utk memberitahu perkara ini tetapi dia harus berterus terang dgn Danial. Danial terpaku sebentar. Riak mukanya berubah. Awalnya secerah mentari pagi menjadi mendung seakan hujan akan turun. Dia sudah dapat agak tentang perkara ini dan dia sebenarnya lebih bersedia sekarang.

Dengan nada yg tenang dan sayu Danial berkata. Hmm... Cepat pulak Atim kena fly kan... Tapi Danial faham. Danial tahu ini impian Atim, dan Atim berhak. So, apa yg Danial boleh ckp hati2 dekat sana. Jaga diri baik2 ingat tuhan dan family. Sempurnakan apa yg Atim kena buat. Danial doakan yg terbaik utk Atim. Danial yakin Atim boleh berjaya kat sana... Secebis senyuman dilemparkan kpd Atim.

Atim tahu Danial akan berkata begitu. Sejak dulu lagi Danial selalu memberi dorongan dan mengiyakan apa saja yg dia katakan kecuali sesuatu yg x benar. Danial akan cuba mengalah dlm apa jua keadaan. Dia sayangkan hubungan ini. Sayang kerana Allah. Tapi jodoh semuanya di tangan-Nya. Mereka berlalu dari situ dan pulang ke kolej masing2. Dengan hati yg penuh kesedihan, kedua-duanya....



bersambung

Good bye OT, Welcome O&G

Assalam...Finally it's over! Lega sangat bila dah habis short case. Maka dgn ini tamatlah surgery posting utk semester ini. Sebelum melangkah masuk ke dewan bersalin, kena rehatkan minda sekejap selama seminggu n cuba utk kenal posting O&G pulak. Diorang kata O&G posting yg paling busy. So kena la set mind it's not as free as surgery. N i really need to be prepared physically and mentally. 

Bercerita pasal short case aku, serius surgeon sgt cool beb! Aku tahu performance aku sgt2 la teruk tadi byk gak soalan aku x dpt jawap dgn tepat, sipi2 je. Tapi at the end of it, he told me that he passed me. Wau alhamdulillah thanks doc. Sekarang kena fokus on paper teori pulak tapi kena la tunggu 2 bulan lagi sebelum nak menghadap in a page n surgical tactic. Semoga aku akan terus semangat utk improve diri aku, knowledge aku dan yg penting niat aku utk menjadi seorang doktor yg kompeten. Insha Allah =)


Sunday, December 9, 2012

Zero Four to Zero Eight

Assalam...Harap pembaca blog aku semua sihat dan gembira walaupun sekarang cuaca kat KL asyik hujan je. Mcm berduka pulak maklum la dah hujung2 thn ni mmg musim hujan n tengkujuh pun. Btw berbalik kpd tajuk entri kali ni...Bukan pasal tajuk siri Power Rangers atau Kamen Rider tau tapi pasal student life aku. Ye la mmg sekarang pun still a student but ni kisah hidupku di bangku sekolah menengah masa aku skema sgt hahaha...Baik ngaku sendiri kan daripada x sedar diri. Ye mmg aku skema. Aku x pandai bergaya sgt, pakai baju gelebeh2, besar2 semua, dtg sekolah awal kemas kelas. Sbb tu sekarang masih ada skemaan aku haha. X kisah la aku redha itu semua kelebihan yg Allah kurniakan =). Maklum la dulu KP kena la jadi tauladan kat student2 lain. Kalau aku pun mcm bajingan mmg jadi super bajingan la budak2 sekolah aku kan. Tapi ada je yg mmg dah tahap super walaupun aku da cuba sehabis baik control keadaan sekolah. walaupun begitu, sekarang diorang semua dah berubah dan berjaya rasanya. Alhamdulillah berkat doa cikgu2 barangkali =)

Dan bila aku tgk semua budak2 batch aku ramai sgt yg dah graduate tahun ni. Aku cemburu tahap maksima!!! Diorang dah grad beb!!! Ada yg dah sambung degree pun n bila aku grad diorang grad lagi sekali. Perghh best betul ada dua scroll tu, satu diploma satu ijazah. Kalau la diorang sambung sampai pHD mesti sampai 4 boleh kumpul haha. Itu la sape suruh amek MD kan da lambat nak grad huhuhu... Xpe la dah minat kan nak wat macamana. Dan aku pun suka sgt bila ramai batch aku dan junior2 aku yg amek course yg sama dgn aku. Boleh la kerja sama2 ye nanti. Tapi aku tetap nak replace Klinik Lee yg famous kat SR tu haha =P

Akhir sekali recently, aku organize reunion utk semua budak batch aku. Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun mmg sgt sedikit yg dapat hadir. Tapi aku tetap puas sbb as bekas KP sekolah, mmg impian segunung aku nak kitorang jumpa semuladan tahu perkembangan masing2. Walaupun x lama sgt tinggalkan sekolah, ramai jugak yg dah berubah. yg dah ber-anak pun ramai jugak ni hehe. Alhamdulillah... Dan aku dah dpt seruan sekali lagi utk berjumpa secara tergempar dgn semua bekas pelajar2 smksr (alumni) dari btach pertama mungkin sampai la terkini utk berbincang pasal hala tuju alumni smksr. Mungkin perbincangan ni akan menjadi satu titik permulaan kpd alumni smksr utk menjadi satu kelab yg official dan kukuh. At least batch aku dah maju selangkah dgn reunion yg kitorang buat. Thanks kpd semua yg terlibat, susah2 cari dana,  tempah makanan, buat persiapan rapi thanks a lot guys! Aku harap alumni smksr bukan sekadar omong2 kosong dan idea dari tin kosong. Semoga menjadi realiti. Pasti berjaya! Insha Allah....



baju rasmi kami 




Di sini aku sertakan satu video yg pasti menitiskan air mata kpd mereka yg berkenaan. Assalam~~~
klik utk tonton video paling hot tahun ni ^^