Wednesday, April 25, 2012

Brother Shah


Alhamdulillah... Baru je pulang dari menghadiri forum di UKM Bangi anjuran Fakulti Sains Teknologi (FST) sempena Fiesta Intelek 2012. Terpanggil untuk aku membuat sedikit coretan akan apa yg aku pelajari daripada forum tersebut. Pertama sekali, moderator dan ahli-ahli panel yg dijemput sangat hebat2 belaka. Moderator Dr. Zulkifli (ikim.fm), manakala ahli2 panel Prof. Dr. Muhaya (UKM & ikim.fm) dan Brother Shah Kirit. Sebenarnya aku akui pd mulanya berat utk ke Bangi apatah lagi tinggal beberapa hari je lagi nak exam reseat. Namun alhamdulillah, Allah maha kuasa memberi nikmat yg x mungkin didapati daripada membaca nota2 yg sama diulang beberapa kali. Aku bersyukur diberi kesempatan utk menghadiri forum yg sangat bermanfaat seperti ini. 

Forum berkisar tentang kebesaran dan kekuasaan Allah sangat membuka mata aku. Tambahan dengan hujah2 hebat dan bernas daripada kedua-dua ahli panel. Aku terlalu kagum dengan kehebatan Brother Shah dalam melemparkan hujah2 dan jawapan kepada setiap soalan yg dihujani oleh moderator dan penonton. Apa yg diucapkan, setiap lafaz, hafalan ayat2 dan surah2 dari kitab suci al-Quran cukup menarik minat aku untuk terus tidak lena dek rasa mengantuk. Begitu khusyuk para hadirin dalam mendengar setiap tutur kata beliau. Beliau yg dulu merupakan seorang bukan Islam ternyata lebih hebat daripada aku apabila berbicara tentang Islam sendiri. Setiap kata2 yang dikeluarkan memang x dapat disangkal kebenarannya. Aku terpaku dengan kehebatan beliau menjawab setiap persoalan dengan bukti ayat2 suci al-Quran. Bukan 2, 3 ayat yang dihafal tapi mencecah berpuluh.... Subhanallah sungguh hebat insan ini. Walaupun baru memeluk Islam untuk 16 tahun tapi sudah petah berbicara tentang agama. Sungguh jauh beza beliau dengan aku masyaallah.... Satu frasa yg aku ingat dipetik daripada kata2 beliau, "kita dilahirkan untuk menyembah pencipta bukan menyembah makhluk".... Sesungguhnya kekuasaan Allah itu meliputi seluruh langit dan bumi. Cara penyampaian yg hebat menarik perhatian aku. Aku akan cuba memperaktikkan apa yg aku pelajari daripada forum tersebut dan akan terus cuba memperbaiki diri. Aku berdoa dan terus berdoa suatu hari nanti aku akan menjadi sehebat dia amin....

Prof Muhaya pun hebat dalam berhujah. Seorang doktor perubatan dengan ilmu agama yg tinggi seperti beliau, sememangnya beliau sangat hebat. Semoga menjadi inspirasi setiap doktor Muslim terutamanya. Yg penting dalam setiap apa yg kita buat adalah "Nawaitu"..... Sekian

No comments:

Post a Comment