Friday, June 28, 2013

Header baru la pulak



Dengan ini mempersembahkan
Jeng Jeng Jeng ~~~

Header terbaru blog aku
(sila rujuk di atas)
Wakakakaka
Woot Woot ~~~
Cantik x adik2 header blog baru abg?
Terserlah kehenseman dan kemachoan abg kan?
Ada aku kesah?
Kah3

Sebenarnya aku telah dicabar hebat oleh salah sorang blogger hebat dan popular (pernah masuk Remaja uols). Ada ke patut dia komen blog aku bosan. Bosan sangat ke adik2? 
Yerla3 kadang2 ngaku gak blog aku ni bosan. Huuuuuu

Jadi atas semangat kental lagi berkobar-kobar, lautan api sanggup kuredah. Gunung Everest sanggup kudaki. Eahhh kan dah merepek... Kepada blogger tersebut, lihatlah hasil yg x seberapa ni. Ni baru first attempt so in future pasti akan keluar header yg lebih boom kebabababoom!
 Just wait and see ~~~ 


Thursday, June 27, 2013

Sehari di Ti-Ratana



Assalamualaikum. 

Kali ni nak cerita sikit tentang projek aku dan posting mate aku ke Rumah Kebajikan Ti-Ratana. Ok sedikit pasal Ti-Ratana ni. Rumah ni adalah rumah kebajikan utk org2 tua dan kanak2 yg tiada tempat tinggal, yg bed-ridden dan yg mempunyai penyakit. Kenapa kitorang pilih rumah ni? Hah alkisah sebenarnya rumah ni dicadangkan sendiri oleh supervisor kitorang yg dah mula resah dan gelisah sebab projek asal kitorang mcm over sgt. Dia x yakin kat kitorang la tu. Penat je kitorang perah otak dan cuba convince dia terima idea kitorang last2 kena reject pulak. Haihhh!


Ok cukup di situ. Jom teruskan dgn pengalaman lawatan aku ke sana. Kitorang sampai kat rumah tu lebih kurang jam 9 pagi. Ok rumah tu terbahagi kpd rumah org tua lelaki dan wanita, rumah org tua yg sakit dan rumah kanak2. Kitorang lebih fokus dekat rumah org tua lelaki dan wanita. Break kpd 2 kumpulan, aku ketuai kumpulan pertama ke rumah org tua lelaki. 

Dekat sana, kitorang bermula dgn sesi ice-breaking. Biasalah org kata tak kenal maka tak cinta. Cumanya satu major problem yg timbul ialah bilamana semua penghuni rumah tu beragama Buddha. Jadi kena cakap Mandarin la. Aku cuma tahu cakap Chaiyok2, Toi3, Ik, Ek, San, Sek, Uu dan seangkatannya. Terpinga-pinga aku dengar diorang berbual dgn kawan2 Chinese aku. Muka dah mcm Cina tapi tak boleh speaking aisehman...

hah tgk kawan chinese aku tuh aku pulak yg blurr sgt x paham sepatah haram

Takpe, lepas tu teruskan dengan sesi senamrobik. Hah yg ni aku yg lead. Oleh sebab sekarang tangah gila kpop, aku memilih lagu Gangnam Style dan Gentleman utk menjadi muzik latar. Kah3 takde makna habis patah pinggang dan tulang2 uncle2 kat situ. Tak gentleman langsung dah. Senaman ringkas Jakobson sangat membantu. Mudah diikut dan sangat praktikal. Dekat mana2 pun boleh buat even tgh duduk mengira tax. Keh3...

aktiviti senamrobik mari ikut instruktor paling berpengalaman ni 

Lepastu, kitorang gabung lelaki dan wanita utk aktiviti kotak beracun dan aktiviti santai. Untuk kotak beracun, mcm2 soalan2 pelik ada dlm kotak tu. Last2 yg banyak kena antara kitorang jugak sbb uncle2 dan auntie2 tak faham soalan. Aktiviti santai ialah karaoke. Yes finally! Tapi masalahnya semua lagu cina je. Aku ikut tepuk tangan je la tanpa faham sepatah haram lirik lagu2 tu aishhh...

auntie ni sporting sgt3 semua lagu dia nyanyi kuat2 dan joget2 bagai #loveumore la auntie #muuaahhh

Lepas tu, kitorang buka clinical booth utk diorang. Dah berumur kan, kesihatan la yg paling utama. Bukak Running Man lagi eahh. Sambil diorang bergilir utk tunggu giliran, kitorang edarkan dua kad gergasi utk mereka tandatangan sbg kenangan. Dan aktiviti hari tu diakhiri dengan sesi memotong kek yg ditaja khas dari kitorang semua. 

sesi clinical booth yg mmg aktiviti rutin medical student kalau wat program kebajikan

upacara memotong kek sebenarnya ada 4 biji kek yg marvellous delicious bombastik #ntahpapejela

Pergi ke rumah2 kebajikan ni memang seronok. Kalau kita sebagai komuniti yg takde kesedaran pasal benda2 macam ni siapa lagi kan? Sebenarnya tak perlu tunggu nak organize program baru sibuk nak pergi. Sebagai rakyat Malaysia yg bertanggungjawab marilah kita sama2 berbakti kpd agama, bangsa dan negara. Hoyeahhh!


bersama pengurus rumah kebajikan ti-ratana

group photo we are red today!

memberikan makanan kpd penghuni rumah sakit




menuju ke rumah utk kanak2

masa utk pulang sayang korang #muuaaahhh





***mula menyedari kepentingan bahasa ketiga iaitu Mandarin atau Tamil. Kena belajar ni.. Yes azam setengah tahun baru!

Coretan Atas Katil #1

Jam menunjukkan jam 2 pagi
Dan aku masih segar
Sambil baring di atas katil yg kurang empuk
Ditemani askar2 nyamuk yg cuba mencari sesuap darah
Hai kenapa tiba2 muncul perasaan ingin tahu yg sangat mendalam ni...
Aku membelek blog dia satu persatu
Dari latest entri sampai la di saat pertama dia menjadi blogger
Dia memang pandai menulis
Dan tumpuanku terarah pd tahun 2011...
Wah jiwang sungguh dia masa tahun ni
Aku baca satu persatu entri itu
Hati, cinta, sedih, kecewa, gembira, bahagia
Semuanya bercampur baur sepanjang tahun itu
Sumpah!!!
Alangkah terasa sedikit hatiku...
Betapa dia sayangkan kekasihnya yg dulu...
Betapa dia serius dengannya...
Ya aku cemburu
Dan aku takut
Adakah aku akan menjadi seperti dia kelak?
Adakah dia akan buat begitu kepadaku nanti?
Just go with the flow
Itulah yg sering diungkapkan olehnya
Ya aku takut
Ya aku risau
Kerna aku telah mencintai dia sepenuh hatiku
Ikhlas dan jujur
Bagiku dialah yg terbaik
Tiada yg lain
Hanya kau seorang...
Janjilah denganku....jangan pernah tinggalkanku...

Wednesday, June 19, 2013

Akaun Twitter Baru



Yeay sekarang aku dah ada akaun Twitter! Baru je siap buat kelmarin and i think i will love it. Sebelum ni memang malas giler nak buat sebab malas nak layan sangat laman sosial ni nanti jadi addicted. But akhirnya terkalah dengan godaan hawa nafsu untuk sama2 join Twitter. Jom Tweet2!!!


sila follow qamarsamin 


Jumpa kat Twitter pulak! Muahhh! 
=P






p/s: Sorry la Twitter tempat aku merepek meraban. Kalau kat Fb kena behave sikit hua3

Monday, June 10, 2013



AMARAN!!!
Ini adalah post merapu. Kalau x suka jgn tengok apatah lagi baca!






Perasaan yg x best bilamana si dia yg paling penting, paling sayangi, paling sukai, paling cintai ketika ini sdg mula menampakkan simptom2 perubahan watak. Apa2 pun kembali kpd Tuhan. Hanya Dia satu2nya yg kekal abadi dan tidak pernah berubah. 
=)