Friday, December 16, 2011
New Blog is coming!
under one of my module for this semester, kami one group consists of 10 members have to create one site based on one specialty/subspecialty in medicine. so my group has choosen NEUROLOGY to be described further in our site. i just want to encourage especially to my beloved followers and visitors, check out my new blog, Neurology17 (i guess this name just for temporary later will be changed). insyaallah, we will give a clear view for u about neurology. any changes will be post soon....
Friday, June 10, 2011
Tahun DUA (senior)

fuhhh! penat betul kemas brg2 utk dibawa pulang ke kolej aku semula. dgn habuk2 yg melekat kat kotak2 ni. haish nampak sgt tak berkemas... HIK3! hmm... nampaknya aku akan melangkah ke level 2 dlm dunia medic ni. pejam celik pejam celik kejap je da masuk 2nd year. aku rasa baru je kuar keputusan upu la last week. tapi aku suka! akhirnya aku bukan lagi junior. dan aku pulak yg akan dapat sorang buddy junior dan dpt ngorat junior2... HAK3! yg tak bestnya dorang masuk sgt lewat.. lambat la dpt cuci mata... AISH! dan aku akan bergerak pulang ke ktsn, kolej terchenta (poyo terpaksa) dgn keta wiraku.. yeah da boleh park kereta kat dalam kolej! lepas ni bermula la kehidupan busy semula dan mmg akan lebih busy drpd biasa. tak sama da mcm 1st year dulu... aku harap aku dpt enjoy life sbg medical student dlm year 2 ni dan aku berdoa aku akan pass semester 3 dan 4 pulak utk pergi ke clinical years.... insyaallah...
GAMBATE QAMAR!!!
Monday, May 30, 2011
Happy Birthday my Princess~~~
OMO!!!! my princess dah menjadi lebih tua dari aku...takpe aku tak kisah! she's always be my princess... dah ada tempat dlm hatiku ini.... HAHAHA!!

Happy birthday to Yoona, a great singer, actress, dancer, antara top 5 the most beautiful in korea... wah my princess dah semakin berjaya.. dah famous gle nanti jgn lupa ur prince kat sini tau...HAK3!! kena lenjan pasni la aku....

~~Saranghaeyo YOONA~~

Saturday, May 28, 2011
Insan Bernama LELAKI
Assalamualaikum...
ok post kali ni nak berbicara sikit ttg lelaki. kenapa? aku pun lelaki. adakah aku.... opssss! jgn fikir bukan2 lagi... aku just nak berkongsi siapakah sebenarnya seorang lelaki ni. dan post ni khas utk para wanita yg mendambakan lelaki.. bagi lelaki camne pulak? HAK3!!!
- Lelaki boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
- Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar untuk kali pertama!
- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
- Bila lelaki cakap..'Emm..tengoklah dulu'..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
- Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!
- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
- Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.
- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan.
- Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari 'maafkan saja.' Kebanyakan lelaki tidak sengaja. Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
- Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
- Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
- Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!
ok korang dah kenal siapa sebenarnya seorg insan yg bernama lelaki? lepas ni kalau jumpa lelaki cuba2 la praktikkan yekk!
Wassalam...
Friday, May 27, 2011
Penghulu Segala Hari
hari jumaat. penghulu segala hari... bagi pihak yahudi, hari sabtu adalah hari agung bagi mereka manakala hari ahad pulak hari untuk golongan kristian pergi ke gereja. kita sgb orang islam juga ada hari istimewa tersendiri iaitu hari jumaat.
sebenarnya byk peristiwa yg terjadi pd hari jumaat ni. antaranya ialah:
1. Penciptaan Adam.
2. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga.
3. Pada hari itu juga, dia wafat.
4. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram.
5. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”.
HR Ibnu Majah & Al-Baihaqi
2. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga.
3. Pada hari itu juga, dia wafat.
4. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram.
5. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”.
HR Ibnu Majah & Al-Baihaqi
menurut imam sayuti antaranya;
1. Semua roh-roh orang Islam pada hari itu akan berkumpul
2. Mayat-mayat akan terselamat dari seksaan kubur.
3. Sesiapa yang meninggal pada malam Jumaat atau pada siangnya maka ia akan terselamat dari seksaan kubur.
4. Api neraka tidak menyala.
5. Semua penduduk syurga akan menziarahi Allah Ta’ala.
2. Mayat-mayat akan terselamat dari seksaan kubur.
3. Sesiapa yang meninggal pada malam Jumaat atau pada siangnya maka ia akan terselamat dari seksaan kubur.
4. Api neraka tidak menyala.
5. Semua penduduk syurga akan menziarahi Allah Ta’ala.
dan bagi muslimin, diwajibkan menunaikan solat jumaat pd hari jumaat. so jgn pernah tinggal solat jumaat k!
“Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (al-Jumu’ah:9)
dipetik dari blog zikrihusaini.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
