Monday, May 30, 2011

Happy Birthday my Princess~~~


OMO!!!! my princess dah menjadi lebih tua dari aku...takpe aku tak kisah! she's always be my princess... dah ada tempat dlm hatiku ini.... HAHAHA!!


Happy birthday to Yoona, a great singer, actress, dancer, antara top 5 the most beautiful in korea... wah my princess dah semakin berjaya.. dah famous gle nanti jgn lupa ur prince kat sini tau...HAK3!! kena lenjan pasni la aku....


~~Saranghaeyo YOONA~~

Saturday, May 28, 2011

Insan Bernama LELAKI


Assalamualaikum...

ok post kali ni nak berbicara sikit ttg lelaki. kenapa? aku pun lelaki. adakah aku.... opssss! jgn fikir bukan2 lagi... aku just nak berkongsi siapakah sebenarnya seorang lelaki ni. dan post ni khas utk para wanita yg mendambakan lelaki.. bagi lelaki camne pulak? HAK3!!!

  • Lelaki boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
  • Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  • Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  • Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  • Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  • Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  • Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar untuk kali pertama!
  • Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  • Bila lelaki cakap..'Emm..tengoklah dulu'..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  • Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  • Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!
  • Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  • Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.
  • Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan.
  • Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari 'maafkan saja.' Kebanyakan lelaki tidak sengaja. Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  • Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  • Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
  • Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  • Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
  • Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!
ok korang dah kenal siapa sebenarnya seorg insan yg bernama lelaki? lepas ni kalau jumpa lelaki cuba2 la praktikkan yekk!
Wassalam...

Friday, May 27, 2011

Penghulu Segala Hari

hari jumaat. penghulu segala hari... bagi pihak yahudi, hari sabtu adalah hari agung bagi mereka manakala hari ahad pulak hari untuk golongan kristian pergi ke gereja. kita sgb orang islam juga ada hari istimewa tersendiri iaitu hari jumaat.

sebenarnya byk peristiwa yg terjadi pd hari jumaat ni. antaranya ialah:
1. Penciptaan Adam.
2. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga.
3. Pada hari itu juga, dia wafat.
4. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram.
5. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”.

HR Ibnu Majah & Al-Baihaqi

menurut imam sayuti antaranya;
1. Semua roh-roh orang Islam pada hari itu akan berkumpul
2. Mayat-mayat akan terselamat dari seksaan kubur.
3. Sesiapa yang meninggal pada malam Jumaat atau pada siangnya maka ia akan terselamat dari seksaan kubur.
4. Api neraka tidak menyala.
5. Semua penduduk syurga akan menziarahi Allah Ta’ala.

dan bagi muslimin, diwajibkan menunaikan solat jumaat pd hari jumaat. so jgn pernah tinggal solat jumaat k!
“Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (al-Jumu’ah:9)

dipetik dari blog zikrihusaini.com

Thursday, May 26, 2011

CHELSEA berkunjung!!!!!


HAHA...entah apa mimpi aku di siang hari ni tiba2 nk post pasal CHELSEA.... ada apa dgn team bola luar negara ni?? apasal ramai sgt penyokong, kalah team harimau muda MALAYSIA, tanah tumpah darahku... entah apa la yg dorang admire sgt dgn team ni... AISHHH!!!
aku bukanlah minat sgt bola ni.. tgk match pun jarang, tak kisah la dlm ke luar negara kah.. tapi mcm terpanggil la nak gi tgk CHELSEA vs MALAYSIA nanti.. mcm yg dihebohkan 21 julai ni tiba malaysia. mmg every year ada je team bola sepak luar dtg malaysia, katanya nk lawan team bola sepak malaysia... tpi aku tgk hebat gak team malaysia ni.. boleh pulak score walaupun lwn team gah mcm CHELSEA, MU ni... tapi masuk pertandingan dunia kalah je memanjang...AISHH... takpe2 MALAYSIA tetap di hatiku!!!!!
so kps sape2 yg bukan saja minat MALAYSIA, minat CHELSEA gak (lagi ramai nih) jom la kita serang stadium nasional bukit jalil 21 julai ni.. tiket dah boleh dibeli aku agak. sbb abg aku pun minat chelsea gak... HEE :)


p/s : mesti dlm stadium nanti lagi berlambak jersi biru dripada jersi kuning....ahahaha...yg penting jgn lupa diri sudaa~~~

Saturday, May 21, 2011

Dalam Mihrab Cinta

Dude Feat Asmirandah – Bunga-bunga Cinta [OST Dalam Mihrab Cinta]

Asmirandah:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Asmirandah & Dude:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Asmirandah & Dude:
Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta


kpd kome2 yg belum tgk cerita Dalam Mihrab Cinta ni gi la tgk. kome tak kan boring la. aku jamin 100% tau! cerita ni mcm ketika cinta bertasbih dan ayat2 cinta, diadaptasi oleh novel yg laris kat indonesia. tpi aku perlu akui ayat2 cinta lebih hebat.. HEE... cerita ni simple tpi best. tak keluar panggung tpi download la k.. pelakon pun best Asmirandah (dia sgt3 la ayu bertudung) dgn Dude Harlino.. lirik lagu kat atas adalah salah satu ost cerita tu... MESTI DOWNLOAD TAU!!!