Thursday, April 18, 2013

Fuhhh baru siap mengecat dapur rumah. Alhamdulillah tercapai jugak target dan plan hari ni nak mengecat. Daripada membazir x guna cat sampai jadi keras baiklah aku habiskan. Dan hasilnya tadaaa.... Cukup memberangsangkan!!!

Macam biasa aktiviti petang di rumah. Berenang gaya bebas dekat atas katil. Fuhh memang sihat sgt sukan ni. Bukan je sihat malah best! Sambil mendengar lagu Harus Terpisah by Cakra Khan. Penyanyi indon ni tapi lagu dia menusuk kalbu sampai ke tulang belakang. Semua nerve aku respon. Bait2 lirik dan melodi lagu ni sgt sedap dan merdu. Ditambah dgn suara penyanyi yg husky perghhh memang tangkap jiwang wa cakap lu. Susah nak dpt lelaki suara camni.

Sambil layan lagu sambil layan perasaan gak. Ermmm cinta ye? Bagi aku love is unconditional. Cinta itu tiada harganya. Harus dibayar dgn hati. Dan apabila kau dah bermain cinta kenalah serius. Hati dan perasaan cinta bukan boleh dibuat gurauan. Kalau kau x sedia lagi jgn sibuk nak mencuba cuba. Dan bila kau dah jumpa cinta rebutlah ia seperti hanya dia satu2nya dlm dunia ini. Raikanlah cinta itu. Tapi ingat jgn terlalu menaruh harapan. Kelak kau yg akan kecewa. Apa yg aku inginkan cinta yg simple cool dan forever.

*yang utama dan pertama sentiasa cinta kpd allah dan rasulNya....amin

Wednesday, April 17, 2013

Mereka.... Istimewa

Assalamualaikum ahli2 blogger.. Lama sungguh ana tidak menulis maklum la moodswing je hari2. Hilang la idea dan mood nak post benda baru cheh mcm perempuan berbadan dua jek. Ok la sekarang ni adalah waktu cuti semester aku selama 2 bulan. Aku nak story sikit apa yg aku da buat utk sebulan yg pertama...

Untuk sepanjang cuti ni aku kena complete kan kursus elektif aku. Apakah? Ok kursus elektif adalah wajib bagi semua pelajar medic ukm dgn syarat diorang pass final exam tahun 3 atau 4. Kalah dah kena reseat paper dua2 tahun ni dikecualikan. Kursus ni adalah syarat wajib utk graduate nanti.

Apa yg aku pilih? Mula2 pening jugak nak buat apa. Last2 kwn aku ajak buat dekat sekolah mak dia. Jadi apa? Jadi cikgu laa... Cikgu bagi kelas pendidikan khas. Atau dlm bahasa US special kids. Kitorang posted kat smk seri gading batu pahat lebih kurang 45 minit dari rumah aku gak. Kena la bgn awal2 pagi pukul 6.30 dah kena keluar rumah dah sbb aku ulang alik sorang2 tiap2 hari. Nasib baik 2 minggu je.

Apa yg seronok jadi cikgu? Seronok sgt!!! Aku x nafikan memang penat jadi cikgu nak siapkan kerja, buat bahan membantu mengajar, uruskan hal2 pelajar dan melayan kerenah budak2. Student aku ada la dlm 15 org dan range umur dari 13 ke 18 tahun. Most of them perempuan. So faham2 la bila da jumpa cikgu lelaki hot hensem lagi macho mcm aku #silatumbukaku #dush. Diorang sgt mesra melayan kerenah diorang kadang2 penat jugak aku. Tapi apa yg buatkan aku sgt sayang dekat mereka ialah cara mereka melayan kami. Dapat rasa mcm kita btl2 dihargai oleh mereka. Balik sekolah cium tgn, nampak aku ucap salam dan hai muka sentiasa senyum dan ceria.

Bila dah habis posting kat situ secara jujur aku sgt2 rindu nak mengajar diorang lagi. Semoga diorang menjadi insan yg berguna. They are not born to be disabled but they are born to be SPECIALS. Assalam...

Monday, February 25, 2013

KTDI Masquerade Night

Assalam semua. Maklumla tgh study week rasa stress je tiba2 byk pulak masa nak update blog huhu. Ok utk kali ni aku nak cerita sikit pasal majlis makan malam kolej aku kali ke-13. Dinner ni berlangsung pd hari Sabtu yg lepas dekat Centrum Setiawangsa. Nak tahu sape mc malam tu? Of course la aku! ^^

Dinner KTDI ni sebenarnya memang acara tahunan kolej. Tujuan utama iaah utk meraikan pelajar2 tahun akhir MD UKM, Nursing dan EMED selain nak rapatkan ukhuwah antara setiap KTDI-ans. Tema mlm tu ialah Masquerade: "Admire Me Secretly, Your Secrets Safe With Me". Memang wajib la dtg kena pakai topeng kalau x xbole nak masuk dewan. Nasib baiklah setiap org dah disediakan dgn topeng. Org kata Masquerade ni mcm kononnya penuh dgn misteri la. Kalau nak ngurat org tu mmg bertepatan sgt la tema ni sbb nampak mulut dgn gigi je. Jadilah secret admirer utk satu malam. Makanan mlm tu boleh tahan sedap antaranya, ikan (xsure ikan apa) masak lemon, ayam masak merah, sayur campur, gulai daging, bubur jagung, berserta air sirap. Apa2 pun aku enjoy malam tu sebelum kena memerah otak utk study pulak...Chaiyokkk! 
ok jom sambung study!



Jom enjoy gambar2 yg sempat aku snap dgn kwn2 aku pd mlm dinner =)

org plg kuat utk dinner malam tu =P

bersama rakan2 seperjuangan dan se-kamcing

siapakah dia? dialah pencuri bintang =P

bersama buddy 4th yr semoga berjaya naik tahun 5

kami dulu beekerjasama x sangka pakai baju pun sama 

Sunday, February 24, 2013

yoona Malaysia....?? erkkk!!!

Sejak akhir2 ni kecoh pulak (esp fans yoona) pasal yoona dah jadi islam. Siap pakai tudung bagai. Really? Yoona masuk islam? Kalau la betul akulah org yg paling bahagia di dunia ni haha. Mudah sikit kerja nak pergi masuk meminang dia nanti. Bab agama settle. Tapi, rupa-rupanya, bukan yoona kpop yg masuk islam tapi ada pulak yoona malaysia sekarang! Whaaat the....? Mula2 aku x percaya jugak tapi bila kwn aku dah send link kat aku lepastu aku try open link tu. Masha Allah, Subhanallah memang serupa sgt dia dgn yoona. Yg membezakan dia cuma pakai tudung dan lebih comel sbb terjaga auratnya. 

Sejak dari itu, aku cuba utk stalk dia. Baca blog2 yg buat comparison antara dia dgn yoona, search gambar2 dia yg berkaitan. Scary giler kan aku mcm terlalu obses sgt haha. Nama dia Rabiatul Afifah. Org mana aku xtau. Umur pun aku xtau, sekolah mana, ada bf ke takde, SPM dpt berapa, pandai menari mcm yoona ke tak aku lagi la xtau. Nama je yg aku dpt korek. Lepastu aku nak friend dgn dia kat fb x bole sbb dia dah ramai sgt kawan. Aishhhh.... 

Kpd saudari yoona malaysia, saya mmg peminat yoona. Insha allah saya cuba utk minat awak juga hahaha. Semoga sentiasa sihat dan gembira. Yau are so beautiful just the way you are. Salam



p/s: sumber gambar dari internet..hey i'm not a pervert ya!


jgn sedih2 sbb awak sgt comel :)
 

Thursday, February 21, 2013

Ge-Li

Aku tahu kadang2 cerita (sebenarnye semua) cerita mat saleh ni mmg la pompuan sexy2, pastu dedah sana dedah sini tapi most of them berjaya bawak mesej yg sgt bermakna. Salah satu favourite series aku ialah GLEE. Sekarang dah masuk season 4 n still berjaya buat aku jadi follower cerita ni. Basically, GLEE mengisahkan impian pelajar2 sekolah dalam satu kelab koir. Mereka dulu selalu kena ejek, kena buli, kena simbah dgn smoothies la. Tapi diorang tetap tabah n kuat dlm kejar impian diorang jadi juara. Finally diorang pernah jadi Nationals Champion mengalahkan kelab2 koir lain yg sgt hebat kalau x silap dlm season 3. 

Apa yg aku tertarik dgn cerita ni ialah penuh dgn nilai persahabatan. Normal la dlm satu kumpulan ada yg x senang n kurang selesa dgn yg lain. Tapi all the way bila diorang bersama, makin jadi rapat dan dpt chemistry antara setiap members. Apa jua cabaran dtg diorang handle dgn sgt baik. Cikgu mereka pun mainkan peranan yg sgt bagus dlm cerita ni. Sentiasa bg support dan x pernah biar anak murid dia mengalah. Selain tu, selit juga perasaan cinta dlm cerita ni. Yes itulah realiti sebuah cinta monyet, kejap sambung kejap putus hahaha. Lagu2 yg diorang nyanyi pun femes2 dan sedap didengar. Kadang2 lagu yg diorang cover lagi best dari penyanyi asal. 

Ok la aku cuma nk promote cerita ni kat korang utk tengok kalau ada masa lapang. Dengan serius aku sebak jugak kadang2 tgk certain episod yg sedih2 dan tgk cara diorang strive to success. Hubungan persahabatan mmg mengatasi cinta so appreciate la sahabat2 korang lebih lagi. Kadang2 lover kita selalu buat sakit hati kita je tapi sahabat la yg cuba sedaya upaya utk buat kita tersenyum. Last but not least, bercintalah bila kamu betul2 bersedia utk kecewa....sekian


jom layan salah satu lagu dari latest episode GLEE...