Wednesday, May 15, 2013

Semester 7 Tahun 4 MD UKM

Assalamualaikum.



Secara rasminya aku bergelar pelajar perubatan tahun 4. Bila dah naik tahun 4 ni rasa macam dah besar sangat hoho. Bajet senior pulak kan. Dan aku semakin hampir dengan level terakhir untuk bergelar seorang doktor insha Allah. Berada di tahun 4 ni umpama party time senior aku yg bilang. Aku pun kurang faham dengan istilah tu padahal semua posting nampak susah dan menakutkan! Apa2 pun aku cuba yang terbaik dan aku tak nak tergadai nyawa masa tahun 4 ni. P!nk ada pesan let's get this party started oh yeah!

Dalam tahun 4 ada 4 posting major tambah lagi dengan Special Study Module (SSM) dan Forensic. Yang major tu ialah Psychiatry, Triad, Orthopaedics dan Paediatrics. Aku bermula dengan Psychiatry dan lepas tu Triad untuk semester kali ni. Aku baru mula posting jadi belum boleh cerita sangat apa yang aku buat dalam posting Psychiatry ni. Mungkin entry akan datang insha Allah. 

Apa2 pun life must go on. Aku akan cuba yang terbaik dan termampu untuk survive dalam tahun 4 ni. Azam aku tak nak sangkut paper dan terus naik tahun 5. Tak sabar nak grad haha! 

Sekarang dalam mood sakai (Psychiatry) and i read minds 






# perlu lebih usaha semester ni sebab target semester lepas x tercapai. Sedih dan kecewa tapi Allah itu maha pemurah. La tahzan =)

Monday, May 6, 2013

Sedarlah diri tu sikit....

Setelah berkempen bendera, poster, lagu dan ceramah selama lebih seminggu akhirnya pilihan raya umum ke-13 melabuhkan tirai semalam. Alhamdulillah dari mata kasar semuanya berjalan lancar. Proses pengundian yg lebih ketat yg diperkenalkan spr tahun ni mungkin membuahkan hasil. Tapi masih juga timbul isu2 mcm dakwat kekal tak berapa nak kekal, pengundi2 banglasia dan khabar angin perarakan 505. Setakat ni alhamdulillah Malaysia tanah airku masih aman.

Tahniah diucapkan kpd parti yg menang. Kerana telah diberikan mandat sekali lagi utk memerintah Malaysia tanah airku. Walaupun mmg saingan sgt3 sengit dan parti yg kalah mmg ada harapan besar utk menang, ternyata rakyat masih memilih 'the blues'. Ini kalilah yg digembar-gemburkan menjadi lain kalilah.

Ok dari sudut pemerhatian aku sendiri yg bajet mcm penganalisis politik, pengundi skrg semakin bijak. Rakyat semakin berani dan semangat utk memilih pemimpin yg betul2 layak utk memerintah. Suara rakyat yg dizahirkan atas kertas undi menjadi bukti. Malaysia tanah airku terdiri dari pelbagai kaum. Apa yg menyedihkan dan membimbangkan ialah seakan hilang salah satu kaum majoriti semasa hari pengundian. Sebaliknya kaum majoriti yg lain pulak yg berpusu-pusu keluar mengundi mcm Sogo ada buat sales. Agaknya betul kot masa pru13 Sogo pun buat clearance stock. Kalau kaum B dah bijak bertindak mahukan maruah mereka dipelihara apa yg kaum A tunggu lagi? Kaum A sepatutnya lebih bersemangat sbb negara ini asalnya dari siapa? Jalankan tanggungjawab anda pilih pemimpin A yg dimahukan utk membawa mereka ke arah kejayaan.

Bagi aku ini bukanlah isu perkauman sebaliknya lebih ditujukan kpd kaum A yg mula lupa diri. Cukup2 la dgn sikap dengki antara satu sama lain suka nal cari salah org lain. Takkan kemana sikap2 mazmumah mcm tu. Sebaliknya kita perlu bersatu padu sama2 membela nasib kita. Kalau kita tak bertindak sekarang bila lagi? Apa akan jadi kpd anak cucu kita kelak? Ok nak emo dah ni.

Harapan kpd PM baru yg tak berapa nak baru ni pimpinlah kami dgn sebaiknya. Ini adalah amanat dari Allah. Kalau silap pimpin besar padahnya. Kpd yg menang tahniah gunakan kuasa yg ada ke arah yg betul. Kpd yg kalah jgn bersedih kerana masih ada masa lagi. Ingatlah kebenaran itu pahit tapi lambat laun kebenaran pasti akan tiba....

***tiada niat utk timbulkan isu perkauman...siapa makan cili terasa pedasnya last but not least saya mmg obses kpd BULAN...assalam