assalamualaikum. ada masa terluang lepas tamat short case exam, nak update post la. lepas ni akan busy utk theory paper pulak. alhamdulillah Allah maha Besar. Dia sgt membantu dan memudahkan urusanku hari ini. syukur...
antara Cita dan Cinta. kalau korang akan pilih yg mana satu dulu? korang rasa korang x boleh hidup tanpa cinta? atau korang nak berjaya capai cita2 dulu baru mengenali cinta? ataupun korang nak Cita & Cinta seiringan? lain org lain matlamatnya. bagi aku, dua2 penting tetapi kenalah memadai pd masanya. mungkin buat masa ni Cita lebih penting daripada Cinta. perjalanan aku sbg pelajar masih jauh lagi. masih byk lagi yg perlu dikejar dan digapai. Cita x kan dtg tanpa usaha, mcm Cinta jugak. mungkin itulah yg dia rasa. Cita sentiasa berada dlm top 1 matlamat hidup dia. aku x boleh nak halang dia & aku x nak menjadi penghalang dia mengjar Cita2 dia. mungkin aku juga kena fokus dalam arena utk berjumpa dgn Cita. aku patut lebih ghairah hendak bermadu asmara dgn Cita daripada Cinta yg x tentu kekalnya. Cinta lahir dari-Nya. biarlah apa yg dah ditetapkan dan ditakdirkan utk kita janganlah kita risau. Semuanya sudah tertulis. dia selalu pesan mcm tu. jgn sampai apa yg dikejar x dpt, yg digendong berciciran. kena kawal hati & perasaan, jaga nafsu dan terus fokus kejar matlamat hidup. insyaallah Dia dah tetapkan jodoh kita msg2 bila dah tiba masanya. sesungguhnya Dia maha Mengetahui segalanya...
hanya ada satu Cinta yg plg Agung...Cinta kpd Allah
it's look like it comes again. n i believed this time it's going to be tougher as it's my first time final exam in clinical year. pray hard, study smart! do pray for me too ok! ^^
kita x kan dpt menyangka bila Dia akan mendatangkan ujian kpd kita. sebagai hamba-Nya yg lemah, manusia pasti diuji dgn pelbagai bentuk ujian sekalipun. ada yg diuji dgn peperiksaan, keputusan yg baik ataupun kurang baik; kematian insan tersayang, kemiskinan dan kekayaan mahupun perpisahan. semua bentuk ujian ini menjadi rutin kpd manusia sbg petanda Dia masih sayangkan kita dan mahu kita selalu ingatkan Dia. aku juga telah diuji, ujian hati. hati yg terletaknya perasan bercampur baur yg baik mahupun buruk. jika baik hati ini, baiklah kita sekiranya sebaliknya, buruklah kita. jagalah hati ini dgn sebaiknya. sekiranya sudah jauh, ingatlah Dia, pulanglah kpd-Nya. nescaya hanya Dia yg dpt mententeramkan hati yg sdg lara ini.
kpd kamu, terima kasih kerana pernah hadir dlm hidup ini. mungkin bukan jodoh kita. apa boleh kita buat. Allah itu lebih hebat aturannya. Dia sudah tentukan perjalanan hidup kita. sekiranya kita berjumpa lg di masa akan dtg, anggaplah saya seperti bulan yg sentiasa menemani kamu di mlm hari, cuma x dpt disentuh kamu. doa saya sentiasa bersama kamu, semoga berjaya capai cita2, jaga kesihatan dan percayalah tiada yg sempurna di dunia ini tapi Allah itu maha sempurna dan dia yg akan menyempurnakan hidup kita. salam terakhir dari saya, thanks for every sweet moments that we shared together....good luck